Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi Masuk Petronas Yamaha SRT Tahun Depan?
Auto Terkini

Rossi Masuk Petronas Yamaha SRT Tahun Depan?

AryonBy Aryon06/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEGENDA hidup sukan permotoran, Valentino Rossi tidak menolak kemungkinan berhijrah ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 bagi memastikan Maverick Vinales dan Fabio Quartararo dipilih untuk meneruskan cabaran pasukan pengilang itu.

Rossi disebut sebagai kunci utama kepada masa depan penunggang Yamaha untuk musim 2021 memandangkan pelumba Yamaha sedia ada, Vinales dan Quartararo juga akan tamat kontrak pada penghujung musim ini

BACA >>> Bos Yamaha: Tiada Alasan untuk Lepaskan Vinales

Mungkin ramai menganggap ayahanda Rossi sudah tidak relevan di trek, tetapi secara realiti, populariti ‘The Doctor’ sukar diketepikan Yamaha dalam urusan penjenamaan jenama itu sendiri.

Khabarnya, Rossi sudah dimaklumkan Yamaha bahawa posisinya dalam Yamaha tidak akan tergugat. Ini bermakna, Vinales dan Quartararo akan saling berebut pelana dalam pasukan pengilang itu untuk musim 2021 walaupun kedua-duanya menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pelumba veteran tersebut.

Pada masa sama, Yamaha juga mahu mengekalkan ketiga-tiga pelumba berkenaan untuk aksi 2021, tetapi perlu berdepan risiko kehilangan sama ada Vinales atau Quartararo sekiranya gagal memberikan jaminan tempat ke pasukan pengilang. Lebih-lebih lagi reputasi dimiliki kedua-dua pelumba muda itu meletakkan masing-masing dalam senarai atas pelumba buruan pasukan pesaing.

Apapun, jangan fikir Rossi akan senang hati dengan situasi yang berlaku. Sebagai pelumba berstatus legenda dan sentiasa dahagakan kemenangan, label ‘anak emas’ Yamaha bukanlah sesuatu yang seronok didengar. Beliau sendiri turut dalam dilema.

BACA >>> Vinales Mungkin Berhijrah Sebab Quartararo ‘Kacau Daun’?

Jadi memang ada kemungkinan beliau berundur untuk memberikan ruang kepada adik Quartararo. Satu-satunya idea munasabah yang boleh dianggap situasi menang-menang adalah beliau menggantikan tempat Quartararo dalam Petronas Yamaha SRT, sementara rookie terbaik 2019 itu direkrut masuk ke pasukan pengilang Yamaha.

Lagipun Quartararo sendiri sudah membuktikan jentera M1 yang ditunggangnya musim lalu mampu mengejutkan mana-mana jentera pasukan pengilang lawan. Rossi pula boleh kekal berlumba dan beliau pun tiada masalah untuk sekurang-kurangnya mengacau posisi 10 pelumba terbaik.

Aku tak nampak banyak beza. Aku pilih untuk kekal kat mana aku ada la ni, tapi macam aku cakap, kami ada tiga motor dan seat motor ada dua ja, jadi hang kena fikir seat yang ketiga tu.

“Kalau itu Petronas, pasukan tu pun tak nampak teruk sangat untuk aku. Tapi mungkin Vinales akan keluar. Atau Quartararo tukar pasukan. Siapa yang boleh tau apa dia fikir.

“Aku lebih suka ada masa yang lebih sikit, tapi sayangnya apa saja dalam MotoGP la ni, semua benda nak kena putuskan sekarang juga, baru awal musim kot. Padan patut la…

“Aku cuma perlu sikit masa ja, mungkin separuh musim macam tu. Aku akan cakap dengan Lin (Jarvis) dan Yamaha untuk faham apa yang depa duk nampak,” kata Rossi seakan terguris dengan pihak media yang asyik nak buat berita sensasi saja.

BACA >>> Poncharal: Quartararo Satu-Satunya Pelumba Boleh Cabar Marquez

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Fabio Quartararo Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP 2020 Petronas Yamaha SRT sukan permotoran The Doctor Valentino Rossi VR46 Yamaha YZR-M1
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.