Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Robot Tesla Serang Jurutera dalam Kilang
Auto Terkini

Robot Tesla Serang Jurutera dalam Kilang

ShawkathBy Shawkath31/12/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG jurutera perisian Tesla dilaporkan cedera akibat diserang sebuah robot rosak di kilang pembuatan kenderaan elektrik itu di Austin, Texas di Amerika Syarikat (AS). Insiden itu dilaporkan berlaku pada 2021.

Beberapa saksi memberitahu portal Information bulan lalu robot itu memegang dan menusuk masuk ‘jari besi’ di belakang badan dan lengan mangsa hingga meninggalkan kesan darah atas lantai.

Jurutera itu dikatakan sedang membuat pemprograman perisian kawalan robot untuk ditugaskan memotong komponen kereta daripada kepingan aluminium.

Namun ketika tiga unit robot dinyah aktif, unit robot ketiga didapati masih aktif secara tidak sengaja, sekali gus menyebabkan insiden serangan kira-kira dua tahun lalu itu .

Portal Information dan Daily Mail mendedahkan memperoleh laporan kecederaan yang dihantar kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa kesihatan di Travis County.

Information melaporkan jurutera malang itu mengalami kecederaan ‘luka melecet, terpotong atau luka terbuka’ di tangan kiri. Bagaimanapun, tahap kecederaan itu dikatakan tidak serius untuk membolehkan pekerja itu mengambil cuti sakit.

Laporan kecederaan yang dihantar kepada Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja pula mendakwa hampir satu daripada setiap 21 pekerja di kilang Giga Texas cedera, tahun lalu.

Beberapa sumber dilaporkan memberitahu Information, pihak pengurusan menggesa pengeluaran dilakukan secepat mungkin yang membawa kepada pengabaian aspek keselamatan.

Ada saksi mendakwa beberapa struktur mesin berat seperti kren, tiang besi keluli dan bolong penyaman udara terjatuh berhampiran pekerja di barisan pengeluaran kenderaan.

Malah laporan sama juga mendakwa ada pekerja jatuh sakit akibat terdedah kepada bahan toksin seperti amonia. Tidak kurang juga buku lali pekerja tersangkut di bawah kart bergerak, kepala pekerja terkena besi dan ada perlanggaran forklif dengan petugas.

Foto utama dipaparkan di atas adalah tangkap layar yang diambil daripada klip video YouTube Tesla.

SUMBER: NYPost | Bernama – FMT

Auto Terkini Kilang Giga Texas robot tesla Tesla
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Almera 2026 Kini Di Thailand Dengan Piawaian EURO 6!

30/01/2026
Kempen 'Hypermarket Sweep'
Auto Terkini

Petron Hargai Pelanggan Setia Menerusi ‘Hypermarket Sweep’

31/01/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Petronas Sprinta F900HD
Auto Terkini

Petronas Sprinta Lancar Peraduan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.