Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rider Berteduh Bawah Jejambat Bergelimpangan Dirempuh Lori, 2 Maut, 6 Cedera!
Auto Terkini

Rider Berteduh Bawah Jejambat Bergelimpangan Dirempuh Lori, 2 Maut, 6 Cedera!

FarahBy Farah08/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUA penunggang motosikal maut, sementara enam lagi cedera apabila dirempuh sebuah lori ketika sedang berteduh di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuh Raya Utara – Selatan arah selatan, Gurun, semalam.

Dalam kejadian jam 2. 40 petang itu, kesemua mangsa berada di sisi motosial masing-masing sedang berteduh bawah jejambat kerana hujan lebat sebelum sebuah lori dari lorong kiri merempuh mereka dari belakang.

Menurut sumber polis, semasa kejadian terdapat sembilan penunggang motosikal di bawah jejambat itu, namun hanya seorang yang penunggang yang tidak mengalami kecederaan.

“Akibat rempuhan itu, dua penunggang berusia 23 dan 31 tahun maut di lokasi akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

“Manakala enam penunggang lagi mengalami kecederaan yang mana empat daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Hanya seorang penunggang berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,” kata sumber polis.

Hasil ujian air kencing mendapati, pemandu lori berusia 28 tahun itu bebas dari pengaruh dadah dan alkohol.

Suspek kini ditahan bagi siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di media sosial, turut tular rakaman video insiden itu yang menyaksikan beberapa penunggang motosikal bergelimpangan atas jalan raya. Lebih menyayat hati, terdapat dua penunggang motosikal tercampak di longkang lebuh raya.

BACA>>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya
BACA>>>  Treler Langgar Jejambat, Penunggang Motosikal Nyaris Tergolek Elak Konkrit Jatuh

SUMBER: MalaysiaGazette.com

kemalangan penunggang motosikal dirempuh bawah jejambat rider dilanggar lori
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.