• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rezvani Tank Edisi Militari – SUV Mewah Berkuasa yang Super Selamat!

Rezvani Tank Edisi Militari - SUV Mewah Berkuasa yang Super Selamat!

July 16, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


REZVANI Tank ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz penuh yang dibina berasaskan Jeep Wrangler JK dan dikuasakan enjin 6.4L HEMI V8. Ia mungkin nampak semacam produk gila, tetapi itu hanya versi biasa. Kali ini adalah Rezvani Tank Edisi Militari yang benar-benar gila.

Rezvani Tank Edisi Militari ini dilengkapi cermin kalis peluru, perisai balistik tahap 7 sekeliling kabin pemandu dan penumpang, sistem pandang malam termal, pelindung bom, tayar runflat spesifikasi tentera, siren dan sistem PA, sistem interkom, topeng gas dalaman dan kit kecemasan serta kit hipotermia dalaman. Semua alatan dan ciri disediakan itu didatangkan sebagai standard.

OPSYEN ENJIN LEBIH BERKUASA

Pembeli juga boleh memilih daripada barisan opsyen sedia ada seperti warna luaran dan dalaman, gaya kerusi dan warna upholsteri. Terdapat juga sistem suspensi boleh laras untuk meningkatkan keupayaan off-road.

Opsyen tambahan terbaik ialah enjin 6.2L Hellcat V8 berkuasa 707hp. Ya, SUV spesifikasi tentera ini boleh ditempah dengan kuasa buas jentera Hellcatt. Enjin aras mula ialah Wrangler JK standard dengan enjin 3.6L Pentastar V6, tetapi kebanyakan pembeli dijangka memilih enjin pertengahan, 6.4L HEMI V8 (500hp).

BACA >>> Lakaran Crossover Subkompak Proton X30 yang Lebih Murah daripada X50?

chris-brown
chris-brown-rezvani-tank-military-edition

Antara selebriti yang sudah membeli Rezvani Tank Edisi Militari ialah penyanyi Chris Brown yang sebelum ini pernah memiliki model contoh pertama Rezvani, Ariel Atom berasaskan Rezvani Beast.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pengeluar itu, Ferris Rezvani berkata, model Tank ini diserlahkan menerusi edisi militari.

"Selepas kejayaan Tank, kami memutuskan membina satu lagi mesin dengan ciri keselamatan mutlak dan mengekalkan kemewahan ekstrem. Direka untuk berdepan rupa bumi atau serangan malapetaka, Tank ialah kenderaan urban taktikal ekstrem yang disiapkan untuk menangani semua itu," katanya.

BACA >>> The Beast - Kereta Paling Selamat Dunia Khas untuk Presiden Amerika
BACA >>> Toyota GR Supra (2020) yang Pertama Dilelong RM8.6 Juta untuk Dana Kebajikan

GALERI
Rezvani-Tank-Military-Edition-9
Rezvani-Tank-Military-Edition-1
Rezvani-Tank-Military-Edition-2
Rezvani-Tank-Military-Edition-3
Rezvani-Tank-Military-Edition-4
Rezvani-Tank-Military-Edition-5
Rezvani-Tank-Military-Edition-6
Rezvani-Tank-Military-Edition-7
Rezvani-Tank-Military-Edition-8
Rezvani-Tank-Military-Edition-10
Rezvani-Tank-Military-Edition-11
Rezvani-Tank-Military-Edition-12
Rezvani-Tank-Military-Edition-13
Rezvani-Tank-Military-Edition-14
Rezvani-Tank-Military-Edition-15

SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ante, Ferris Rezvani, Jeep Wrangler JK, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Rezvani Tank, Rezvani Tank Edisi Militari, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my