Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Wanita Cetus Idea Radio Kereta, Kononnya ‘Dating’ Lebih Romantik
Autotainment

#RetroAuto: Wanita Cetus Idea Radio Kereta, Kononnya ‘Dating’ Lebih Romantik

Han OthmanBy Han Othman09/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI kebanyakan pemandu, memasang radio kereta hampir sama penting dengan menghidupkan enjin dan penyaman udara. Namun, pada awal era industri automotif lalu, radio kereta hampir saja diharamkan pihak berkuasa kerana dikhuatiri mengganggu pemanduan.

Namun, siapakah individu penting di sebalik idea kereta radio dan bagaimana ia menjadi ciri penting dalam pembuatan kereta? Tahukah anda idea asal radio kereta dicetuskan wanita? Jom kita baca.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ringkas Radio Kereta yang Perlu Anda Tahu

PERANAN RADIO 1900-AN

amerika-dan-radio
Duduk melayan radio seisi keluarga memang jadi budaya masyarakat Amerika pada abad ke-19.

Radio wujud sebelum ada televisyen dan Internet. Setiap keluarga Amerika Syarikat (AS) pada 1900-an bergantung kepada radio untuk mendapat maklumat berita, berhibur dan mendengar muzik. Jika anda perasan, filem-filem klasik Hollywood era 1900-an kerap memaparkan imej seisi keluarga di ruang tamu sedang mendengar radio ketika zaman perang atau mengetahui makluman cuaca sebelum keluar rumah.

IDEA PAUL GALVIN

paul-dan-joseph-galvin
Paul Galvin dan adiknya, Joseph Galvin.

Paul Galvin dikreditkan sebagai individu pertama yang dapat mengenal pasti potensi radio kereta berdasarkan keasyikan dan kegemaran orang AS terhadap radio. Beliau kemudian bekerjasama dengan beberapa jurutera untuk membina dan memasang radio kereta komersil pertama di dunia. Sebelum idea radio kereta tercetus, Galvin dan saudaranya, Joseph terlebih dahulu sudah menubuhkan syarikat peranti elektrik, Galvin Manufacturing Corporation (GMC) di Chicago dan antara produk penting dibangunkan ialah peranti yang membolehkan radio beroperasi tanpa bateri dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

DESAKAN EKONOMI

Elmer Wavering (kiri) dan Paul Galvin (pengasas bersama Motorola)
Elmer Wavering

Akibat pasaran saham merudum pada 1929 yang menyebabkan ekonomi AS dilanda Kegawatan Besar, juga disebut Great Depression, Galvin dan saudaranya terdesak mencari produk relevan untuk meneruskan kelangsungan GMC. Walaupun ekonomi dilanda krisis, pasaran radio dan teknologi radio masih kekal berkembang dengan stabil. Galvin kemudian bertemu dengan dua lelaki muda Elmer Wavering – tokoh automotif penting – dan rakannya William Lear.

Idea radio kereta tercetus pada 1929 apabila teman wanita kepada dua rakan itu mengadu bahawa janji temu mereka pada waktu malam pasti lebih romantik jika dapat mendengar radio dalam kereta. Wavering dan Lear tertarik dengan idea tersebut. Lagipun Lear sendiri pernah berkhidmat sebagai operator radio dalam Angkatan Laut AS semasa Perang Dunia Pertama.

Namun idea berkenaan tidak mudah dilaksanakan kerana perlu berdepan banyak isu teknikal kereta hingga semua itu diselesaikan satu-persatu walaupun masih jauh daripada sempurna.  Akhirnya takdir menemukan mereka berdua dengan Galvin di sebuah konvensyen radio. Galvin menyedari potensi besar idea dan produk dua anak muda tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Glove Box’ yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

Dalam satu persefahaman, Wavering dan Lear bersetuju bekerja dengan Galvin di GMC hingga berjaya menghasilkan sebuah radio kereta sempurna yang dipasangkan dalam kereta Galvin sendiri jenis Studebaker.

CUBAAN AWAL, GAGAL DAN TERUS BANGKIT

radio-kereta
Galvin cuba memohon pinjaman bank dengan menawarkan pemasangan radio kereta percuma pada sebuah kereta bank jenis Packard. Malangnya, produknya itu gagal berfungsi dan lebih buruk kereta tersebut terbakar selang setengah jam kemudian. Keputusannya, beliau gagal mendapatkan pinjaman.

Enggan berputus asa, Galvin memandu keretanya – Studebaker – sejauh lebih 1,300km dari Chicago ke pusat konvensyen Persatuan Pengeluar Radio 1930 dekat bandar Atlantik di New Jersey semata-mata mahu membuktikan radio keretanya dapat berfungsi dengan baik.

Disebabkan tidak mendaftar menyertai konvensyen berkenaan, beliau terpaksa memarkir kereta di luar acara sambil menguatkan bunyi radio hingga dapat didengari orang ramai. Idea Galvin nyata berjaya dan radio kereta beliau mendapat tempahan jualan yang luar biasa.

KEBANGKITAN MOTOROLA

motorola-radio
Anda mungkin biasa mendengar jenama ini bukan? Motorola ialah syarikat yang ditransformasikan daripada GMC dengan menggabungkan perkataan ‘motor’ (kenderaan bermotor) dan ‘ola’. Kebetulan pada era itu, kebanyakan syarikat komunikasi dan radio di AS kerap menggunakan kata nama ‘Ola’ sebagai nama atau jenama syarikat.

Jenama Motorola ialah antara syarikat pembuat radio kereta paling sukses di dunia. Kini, Motorola masih menjadi peneraju dalam alatan dan aksesori komunikasi moden. Pencinta radio patut berterima kasih kepada Galvin, Wavering dan Lear atas jasa mereka membuatkan pengalaman pemanduan kita pada hari ini sangat menyeronokkan, dan kurang stres.

Tetapi jangan lupa, idea asal tokoh-tokoh hebat itu muncul daripada wanita yang mahukan momen romantik ketika berpacaran! 😉

Diagram pemasangan radio Motorola pada 1930.
Diagram pemasangan radio Motorola pada 1930.
asal usul radio kereta Elmer Wavering Joseph Galvin Paul Gavin radio kereta RetroAuto sejarah automotif sejarah radio kereta Studebaker tokoh automotif dunia William Lear
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.