Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Kerana Aktres Hollywood, Vespa Itali Cetus Budaya Popular Skuter Dunia
Autotainment

#RetroAuto: Kerana Aktres Hollywood, Vespa Itali Cetus Budaya Popular Skuter Dunia

admin.pandulajuBy admin.pandulaju31/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


GADIS cantik dapat buatkan motosikal laku keras, sesiapa pun tidak dapat menafikan fakta itu. Namun, adakah anda tahu bekas aktres Hollywood era 1950-60-an popular, Audrey Hepburn bertanggungjawab menjual 100,000 unit skuter Vespa? Teruskan membaca, kami akan ceritakan kisah klasik antara Audrey dan Vespa.

ASAL ITALI, PENGARUH AMERIKA


Vespa diasaskan daripada pengeluar induk, Piaggio yang mahu meniru skuter buatan Cushman dari Amerika Syarikat (AS) yang popular di Itali ketika Perang Dunia Kedua (WWII). Selepas menyaingi populariti Lambretta untuk pasaran motosikal Itali pada pertengahan 1946, skuter dengan frem besi tekan itu kini menjadi simbol ikonik skuter sedunia.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa PX 150 ‘Pseudo-Scrambler’, Skuter Kustom Ekstrem dari Rusia

Skuter Cushman mula memasuki Itali ketika zaman perang yang digunakan askar sebagai kenderaan untuk bergerak sekitar kem dan bandar kecil Eropah. Skuter Cushman juga terbukti cukup berguna untuk serangan barisan depan ketika berperang yang diturunkan bersama unit payung terjun, termasuk digunakan untuk menyelinap kawasan musuh.

Dalam tahun pertama pengeluaran Vespa, skuter itu terjual sekitar 2,500 unit dan angka jualan itu meningkat mendadak. Memasuki dekad 1950-an, Vespa berjaya dijual hingga 60,000 unit yang dibeli orang awam.

AUDREY DAN VESPA YANG MEMPESONA

Skuter Vespa muncul bersama aktrs Hollywood cantik dan popular, Audrey Hepburn yang melakukan debut layar perak bersama aktor, Gregory Peck dalam filem ‘Roman Holiday’ pada 1953. Dalam filem komedi romantik itu, ada adegan Audrey menunggang Vespa dengan cukup seronok dan teruja di sekitar jalan raya ibu kota Rom.

Walaupun skuter itu muncul tidak lama dalam filem, tetapi poster pasangan romantik itu sedang menunggang Vespa berlatarkan ibu kota Rom dicetak cukup banyak, sekali gus mengaitkan romantisme Rom dan Vespa untuk beberapa dekad mendatang.

BACA >>> Vespa 946 Red Edition – Model Khas Sempena Perangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria

Vespa ‘Roman Holiday’ dikatakan terjual lebih 100,000 unit sejurus selepas model itu dipasarkan. Mungkin anda juga patut menonton filem itu dan lihat sendiri adakah kita juga teringin mahu memiliki ‘skuter cinta’ tersebut.

Menjelang 1962, ada lebih 60 filem yang menampilkan Vespa sebagai ‘pelakon tambahan’. Malah, pelakon lelaki bukan genre romantik seperti Marlon Brando, Dean Martin dan Charlton Heston turut dilihat menunggang Vespa di luar lakonan mereka. Sekitar 1970, Piaggio dengan bangga mengumumkan jumlah penjualan lebih 4 juta unit seluruh dunia. Vespa bukan saja menjadi motosikal ekonomi, dan alat pengangkutan cekap, tetapi turut dikenali sebagai simbol kebebasan dan imaginasi.

KEMATIAN DAN KELAHIRAN SEMULA

Sejurus selepas Vespa melancarkan model skuter baharu siri P di AS, undang-undang emisi diperketatkan dan pada 1983, produk import 2-lejang Vespa yang bersesaran besar disekat. Kegagalan memenuhi kehendak pasaran, dan stok skuter baharu yang semakin berkurangan membuatkan banyak pengedar Vespa tutup kedai.

Menariknya, pada masa sama pengeluar dari Jepun seperti Honda dan Yamaha sudah mula mengeksport skuter 4-lejang ke AS dan mendominasi pasaran skuter negara Uncle Sam itu.

Vespa hanya mula kembali ke Amerika Utara dengan barisan skuter ET pada 2001. Frem baharu yang diperkenalkan mampu memuatkan enjin 2-lejang 50cc, dikenali ET2, manakala model 4-lejang 150cc dipanggil ET4.

HARI VESPA SEDUNIA 2011


Piaggio Group menggunakan peluang kemunculan semula Vespa ke pasaran AS sebagai produk motosikal premium. Sejak 12 tahun lalu, strategi itu nyata mendatangkan kejayaan kepada pengeluar tersebut kerana Vespa kini menjadi simbol kepada status ekslusif buat pemiliknya. Malah, jenama itu sekali lagi mempengaruhi trend skuter dunia.

Walaupun menyepi di pasaran Amerika Utara sekitar 1982-2001, semangat cinta dan budaya Vespa tetap wujud dalam kalangan peminat jenama skuter Itali itu yang kekal meneruskan trend tersebut, termasuk membaik pulih model lama. Kelab-kelab Vespa yang didanai syarikat itu sendiri turut menyumbang kepada kesinambungan jenama itu untuk terus kekal relevan di pasaran sepanjang 18 tahun berhibernasi.

BACA >>> Skuter Vespa Tertua Sedang Dilelong, Harga Semasa Pun Sudah Lebih RM700k!

Selepas Vespa kembali ke pasaran Amerika Utara, jenama itu sekali lagi muncul dalam filem dan memainkan peranan di kaca TV. Ini termasuk beberapa adegan dalam filem Alfie, Dirty Dancing: Havana Nights, Ratatouille, Get Smart, Veronica Mars, Entourage dan Big Bang Theory. Malah, Vespa turut muncul ekslusif dalam siri istimewa Top Gear Vietnam sebagai skuter tunggangan Jeremy Clarkson.

KISAH CINTA VESPA

Vespa ditunggang watak baik, jahat, dan gadis cantik termasuk karakter animasi di kaca televisyen dengan pelbagai cara tunggangan sepanjang tahun-tahun pembabitannya. Bagaimanapun, kemunculan pertama bersama Audrey pada 1953 ialah pencetus kepada fenomena Vespa seluruh dunia hingga menjadi ikon dan simbol permotoran dua roda.

Kenyataan Majalah Time mengenai Vespa ketika muncul kali pertama pada penghujung 40-an menyebut;

Ia betul-betul produk Itali, seperti kereta kuda Roman yang sudah lama hilang.”

Ya, seperti kereta kuda Roman yang pantas mengingatkan kita tentang Colosseum dan pahlawan gladiator, Vespa pula melakar simbol romantisme dan kisah cinta ala Eropah berikutan kemunculannya dalam filem Hollywood.

SUMBER:  Motorcycle.com

Amerika Syarikat Audrey Hepburn autotainment Hollywood Itali Retro Auto roda2 sejarah skuter Vespa
admin.pandulaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 3 Comments
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.