Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#RetroAuto: Suzuki Swift Sport – Hatchback yang Pernah Jadi Fenomena Malaysia
Roda4

#RetroAuto: Suzuki Swift Sport – Hatchback yang Pernah Jadi Fenomena Malaysia

ArifBy Arif20/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Swift bukan asing dalam kalangan rakyat Malaysia dan pernah menjadi antara model hatchback popular suatu masa dulu.

Tidak dinafikan hatchback segmen-B Suzuki itu sudah terpahat kukuh dalam hati rakyat Malaysia sejak model pertama dilancarkan pada 2005. Sesiapa pun akan terpikat dengan rekabentuk comel dan ada yang mengatakan mirip MINI Cooper.

BACA >>> Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!
BACA >>> Maruti Suzuki Dzire (2018) – ‘Swift Sedan’ Ini Bakal Jadi Kegilaan India

Suzuki Swift mempunyai tiga generasi. Generasi pertama (foto atas) dilancarkan di Jepun pada 2004 dengan kod ZC21, kemudian disusuli generasi kedua, ZC82 pada 2010, dan dilancarkan di Malaysia pada 2013. Model terkini ZC83 pula tidak memasuki pasaran, sebaliknya hanya Suzuki Swift Sport (ZC33) saja dijual secara rasmi di sini.

Suzuki turut memperkenalkan versi Sport untuk model biasa dengan menambah baik aspek keseronokan memandu. Malah Suzuki Swift Sport pernah mendapat julukan ‘the little pocket rocket’ daripada beberapa wartawan automotif.

ZC31S

Pada 2007, Suzuki Malaysia melancarkan Suzuki Swift Sport generasi pertama versi import (CBU) dari Jepun. Hot-hatch ini dikuasakan enjin ikonik dengan kod M16A dengan rev tinggi jenis aspirasi natural (NA) 1.6L DOHC dengan injap variabel VVT dan nisbah mampatan 11.1:1, berserta aci angkat tinggi (high lift cams), piston tempa (forged piston) dan spring injap diperkuat.

Enjin ini mampu meledakkan kuasa setinggi 125hp dan tork 148Nm. Bahagian luaran menggunakan bampar dan spoiler lebih sporty, suspensi lebih rigid, paip ekzos kembar, kerusi buket merah Recaro dan brek cakera pada keempat-empat roda dengan rim 16 inci.

Ada dua pilihan transmisi ditawarkan, manual 5-kelajuan (closed ratio) dan automatik 4-kelajuan.

ZC32S

Generasi kedua Suzuki Swift Sport dilancarkan di Malaysia pada Jun 2013. Enjin ZC32s ialah trenkuasa sama (M16A) seperti model ZC31s.

Bagaimanapun, Suzuki melakukan kemas kini untuk memberikan sedikit peningkatan kuasa kepada 134hp dan tork 160Nm. Pilihan transmisi pula menawarkan manual 6-kelajuan atau automatik CVT prestasi tinggi dengan mod manual 7-kelajuan.

Aspek luaran menampilkan rim aloi ringan 17-inci, lampu depan HID baharu, dan jarak tinggi bumi rendah berbanding versi biasa. Model ini juga dipasangkan unit infotainmen skrin sentuh 6.1 inci.

Selepas Suzuki memutuskan keluar dari pasaran Malaysia pada Mei 2016, ramai tidak menyangka pengeluar dari Jepun itu akan kembali semula memeriahkan pasaran automotif negara. Naza Eastern memulakan langkah memperkenalkan Suzuki Swift Sport (ZC33S) baharu pada April 2021.

ZC33S

Suzuki Swift Sport ini dijana enjin 1.4L Turbo BoosterJet berkuasa 140hp dan tork 230Nm dengan berat cuma 970kg yang mampu membuatkan anda tersenyum terutama ketika meredah laluan berliku sepanjang Ulu Yam.

Model dibina atas platform baharu Suzuki, dipanggil Heartect yang lebih rigid. Ditambah transmisi automatik 6-kelajuan, pemandu diberikan  respons anjakan gear pantas seakan transmisi dual-klac (DCT) dan tetapan suspensi sporty.

Bagi membezakan Suzuki Swift Sport berbanding varian biasa adalah ruang kabin dengan kemasan merah berkilat pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.

Sulaman benang merah dapat dilihat pada stereng, kerusi dan tuil gear, manakala bahagian luaran model Sport ini dilengkapi gril sarang lebah (honeycomb) dengan kemasan gentian karbon pada bar tengah, lampu kabus perumah hitam dan lip depan dengan kemasan gentian karbon.

BACA >>> Suzuki Swift Sport Bee Racing Edisi Terhad – Swift Paling Berkuasa Lancar di Itali
BACA >>> Suzuki Thailand Perkenalkan Swift GL Plus Special Edition, Harga Mula RM72.8k!

hatchback segmen-B Naza Eastern Roda4 Suzuki Malaysia Suzuki Swift Suzuki Swift Sport The Little Pocket Rocket
Arif

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.