Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto [Siri 2]: Bimota – Dari Trek, Jatuh Bankrap dan Bangun Semula
Autotainment

#RetroAuto [Siri 2]: Bimota – Dari Trek, Jatuh Bankrap dan Bangun Semula

WahidBy Wahid26/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAIKLAH, kali ini kita bersambung lagi dengan artikel mengenai jenama motosikal dari Itali, Bimota. Pada bahagian pertama dahulu, kita dapat belajar tentang sejarah dan asal-usul Bimota, termasuk usaha pengeluar itu dalam menghasilkan model yang terbaik dari segi pengendalian dan kuasa enjin.

Tahun dalam abad ke-90-an adalah zaman kemilangan Bimota apabila berjaya menghasilkan model disegani yang bukan saja di jalanan, tetapi juga litar. Tetapi, bagaimanakah pengeluat itu boleh bankrap hingga akhirnya diambil alih Kawasaki? Mari kita tengok.

BACA >>> #RetroAuto [Siri 1]: Bimota – Walaupun Tidak Hasilkan Enjin, Tapi Pakar Bikin Casis

Bimota YB4 IE (1988 – 1989)

Bimota beralih kepada penggunaan frem dwi tunjang aluminium dan bukan lagi tiub keluli bermula model ini. Frem ini digunakan untuk mendukung enjin Yamaha FZ750 dengan 20 injap. Ya, betul Yamaha pernah menghasilkan enjin dengan 3-injap masukan dan 2-injap ekzos bagi setiap silinder, dinamakan ‘Genesis’.

Bagaimanapun, Bimota menukar karburetor itu kepada sistem suntikan bahan api (FI), yang menghasilkan model baharu dinamakan YB4 IE dengan prestasi dipertingkat kepada 125hp. Casis pula dipasangkan komponen Marzocchi dan Brembo.

Hasilnya, YB4IE dapat memenangi lima pusingan Kejuaraan Superbika Dunia (WorldSBK) menerusi pelumbanya, Davide Tardozzi. Anda mungkin pernah dengar nama pelumba itu kerana beliau kini menjadi pengurus pasukan Ducati MotoGP.

Sebanyak 303 unit YB4 IE dihasilkan.

6. Bimota SB6 (1994 – 1995)

Bimota menghasilkan Tesi 1D sepanjang 1990-1994, tetapi tidak berapa popular kerana berdepan beberapa masalah teknikal. Justeru, Bimota memerlukan model baharu yang dapat merancakkan semula jualan memandang statusnya sebagai pengeluar kecil dengan kemampuan menghasilkan satu atau dua model serentak sahaja.

Kali ini, Bimota beralih kepada enjin Suzuki GSX-R1100 berkuasa 147hp, yang dianggap sebagai kuasa cukup ganas dalam dunia motosikal era itu. Ingat, zaman itu teknologi sperti  kawalan traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) belum popular!

SB6 mendapat pujian ramai, termasuk kalangan media profesional. Jentera itu sangat pantas, tetapi masih mengekalkan ciri pengendalian terbaik. Akhirnya, 1,144 unit SB6 dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

7. Bimota BB1 Supermono (1995 – 1999)

Ini ialah model Bimota pertama menggunakan enjin BMW, daripada BMW F 650 ‘Funduro’ buatan Rotax. Ini ialah enjin silinder tunggal berkuasa 48hp yang diikatkan pada frem aluminium tiub bujur. Sistem suspensi menggunakan jenama Paioli jenis spesifikasi tinggi, termasuk brek Brembo berkualiti tinggi.

Mereka yang pernah menunggang BB1 Supermono berpendapat pengendalian model ini sangat ringan dan tangkas serta mampu mengalahkan motosikal jalanan berkapasiti lebih besar di mana-mana selekoh tajam.

Hanya 500 unit dihasilkan dan antara model Bimota paling cantik.

8. Bimota Mantra (1995 – 2002)

Bimota memang sinonim dengan model supersport. Sesekali pengeluar itu berminat juga hendak menghasilkan motosikal lebih santai supaya dapat meluaskan pasaran pembeli. Hasilnya ialah model touring ini, diberikan nama Mantra.

Rekabentuk Mantra dihasilkan pereka Perancis, Sacha Lakic yang tampil lain daripada lain.  agak berlainan dan justeru itu ia samada disukai atau dibenci. Oleh itu, tidak ramai yang terjual. Apapun, ia kini turut diburu oleh penyimpan motosikal eksotik kerana statusnya yang agak rare.

Model ini menggunakan enjin Ducati 900SS dengan penyejukan udara/minyak.

BACA >>> Dapat Komplen Bising, Litar Bersejarah Perancis Mungkin Ditutup Selamanya

9. Bimota 500 V-Due (1997-1998)

Bimota kemudian mengorak langkah besar untuk menghasilkan enjin sendiri berbanding mengambil dari pengeluar lain. Pengeluar itu berhasrat menghasilkan model yang tidak kurang seperti jentera 2-lejang GP 500cc, tetapi versi jalanan.

Justeru terhasillah enjin 2-lejang 500cc dengan sistem suntikan bahan api (Fi) supaya dapat melepasi piawaian alam sekitar. Malangnya sistem itu bermasalah kerana sebuah enjin 2-lejang berdepan kesukaran mencampurkan petrol dan 2T secara berasingan.

Ini kerana kawalan elektronik agak terhad pada masa itu. Sudahnya, ramai pembeli mendapati enjin motosikal mereka ‘jem’ atau semput pada rev rendah. Padahnya, ramai pembeli meminta kembali wang mereka hingga memaksa Bimota menukar sistem Fi karburetor pada kos tinggi.

Inilah punca yang membuatkan Bimota jatuh dalam krisis kewangan. Masalah ini mungkin dapat ditangani pengeluar besar, teapi bagi jenama kecil seperti Bimota, apa berlaku adalah masalah besar.

Pada masa sama, penaja utama pasukan World Superbike Bimota pada 2000 menarik diri dan tidak membayar hutang kepada pengeluar itu. Kedua-dua musibah itu menyebabkan Bimota terpaksa memfailkan bankrapsi pada 2001.

Bimota Bangkit Semula

Dua tahun kemudian iaitu pada 2003, seorang pelabur bernama Roberto Comini menghidupkan semula jenama itu bersama pengarah teknikal baharu, Sergio Robbiano yang kemudian menghasilkan beberapa model seperti DB5 dan DB6 Delirio.

10. Bimota Tesi 3D (2007)

Tesi 3D dihasilkan menerusi kerjasama dengan Vyrus dan dipamerkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2006. Model ini menggunakan arm depan berbanding fork konvensional, iaitu teknologi kejuruteraan radikal yang asalnya drintismodel Test 1D.

Enjin pula didapati daripada Ducati 1100DS, berkuasa 95hp, manakala semua bahagian badan dibuat daripada gentian karbon.

BACA >>> Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria

Bimota Bertukar Tangan Lagi (dan Lagi)

Bimota menghasilkan satu lagi model, DB7 ketika di bawah naungan Comini.

Akhirnya, beliau menjual Bimota kepada dua pelabur dari Switzerland. Kedua-dua pemilik baharu itu pula menghasilkan model BB3 dengan enjin BMW S1000RR sambil mengharapkan model ini dapat bersaing dalam perlumbaan WorldSBK tetapi gagal kerana kilang Bimota tidak dapat menghasilkan jumlah mencukupi selain mengalami masalah kekurangan dana.

BACA >>> Spesifikasi BMW S1000RR (2021): Kini di Malaysia dengan Harga RM121k

Pada 2019, Kawasaki Heavy Industries (*KHI) membeli 49 peratus saham Bimota yang menandakan bermula satu projek baharu, iaitu penghasilan model Tesi H2.

Turut menggunakan arm depan, tetapi dikuasai enjin Ninja H2 berkuasa 230hp. Bimota mula mengambil tempahan awal untuk model ini dan ramai mengharapkan jenama ikonik itu mampu bertahan lebih lama lagi.

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki
BACA >>> #Spyshot: Bimota KB4 Dikesan Isi Minyak di Itali

autotainment Bimota Pengeluar Itali Retro Auto sejarah Sejarah Bimota
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 Kini di Malaysia – Harga RM33,888, Enjin 700cc 74 HP

    02/04/2026
    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

    02/04/2026
    KTM 890 Adventure R Rally 2026
    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    02/04/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.