Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: ‘Seat Potong’ Pernah Jadi Trend Ranking Atas Mat Motor 90-an!
Autotainment

#RetroAuto: ‘Seat Potong’ Pernah Jadi Trend Ranking Atas Mat Motor 90-an!

AryonBy Aryon17/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda trend pelana potong (seat potong, seat rata/flat) pernah popular di kalangan mat motor semalaysia sekitar era 1990-an dan awal milenia dulu?

(Pelana akan disebut seat supaya tidak nampak skema, harap maklum).

Sejarahnya diyakini bermula dengan acara perlumbaan kapcai Cub Prix yang mula dianjurkan secara profesional pada 1994. Dan harus diakui, kejuaraan Cub Prix ialah pencetus utama kepada trend modifikasi dan budaya pop bermotosikal di negara ini. Kalau bukan kerana sukan motor nombor satu Malaysia itu, tidaklah ramai mat motor tergila-gilakan barang, alat ganti dan aksesori racing.

BACA >>> 5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis

Seat potong memerlukan penunggang memotong span seat pada bahagian pembonceng yang biasanya berlekuk dan tinggi sedikit. Proses memotong boleh dilakukan sendiri di rumah, ataupun hantar saja ke bengkel kusyen. Jangan tidak tahu, pada kemuncak trend ini, perniagaan bengkel kusyen laku keras dan wujud beberapa bengkel yang memang dikenali mat motor setempat sebagai pakar memotong seat motosikal.

Alatan memotong seat tidaklah memerlukan tangan robot atau mesin berharga beribu-ribu ringgit, cuma sebilah pisau panjang (seperti pisau roti), gam kusyen, kertas pasir dan pistol stapler (stapler gun). Ataupun alatan bikin sendiri @ DIY seperti  tudung tin milo yang ditebuk paku dan dilipat L untuk menggosok seat supaya dapat bentuk rata yang sekata. Mudahkan?

Tetapi apa yang paling penting ialah kemahiran memotong dan inilah sebab kenapa ramai mat motor pada masa itu memilih hantar saja ke bengkel kusyen, dan tidak dibuat secara DIY. Takut lunyai pula seat motor itu dibuatnya.

CARA MEMOTONG

Mendapatkan seat rata bukan bermaksud ia mesti dipotong rata seperti seat sebuah cafe racer atau flat tracker, tetapi mengikut jenis motosikal. Kalau motor itu kapcai, bentuk seat akan dipotong landai atau layang. Senang cerita, sama seperti motor Cub Prix.

Kerja-kerja memotong bukanlah siap dengan sekali potong ala pahlawan samurai memenggal kepala musuh, tetapi ada proses tampalan perlu dibuat pada bahagian tidak rata, senget atau terlebih potongan. Tampalan dilakukan dengan menggunakan semula baki kusyen yang dipotong tadi dan ditampalkan gam. Akhir sekali seluruh seat akan digosok dengan kertas pasir hingga mendapat bentuk yang solid, sempurna dan sedap mata memandang sebelum dibalut dengan lapik (cover) PVC asal dan distaplerkan. Dan tadaaaa….

GAYA TAMBAHAN

Selepas mendapat bentuk seat yang diingini, sesetengah mat motor memilih menukar cover PVC lama kepada cover baharu, berwarna hitam atau kelabu (warna popular) kusam. Kalau tak berapa ada duit, cover asal akan digunakan semula, manakala yang banyak duit pula akan memilih cover kulit jenis full atau semi-leather.

Sesetengah trend agak radikal, misalnya mat motor di Pulau Pinang boleh saja membalut seat mereka dengan warna ekstrem seperti merah, putih, biru, kuning atau apa saja warna yang tak tercapai akalmu. Walhal, kalau trend sama dibuat mat motor negeri lain, pasti dia akan dicerca dan tidak diajak berkawan.

Gaya tambahan lain ialah menempek cap atau sticker pada seat berupa apa saja logo kegemaran atau paling cikai, jenama motosikal yang ditunggang.

MANFAAT, KELEBIHAN SEAT RATA?

Dalam perlumbaan Cub Prix, seat potong diperlukan untuk memudahkan pelumba menunduk bagi mendapatkan efek aerodinamik (mengurangkan rintangan angin), terutama di jalan lurus. Hampir semua posisi menunggang pelumba cub prix ialah di seat belakang (tempat pembonceng). Jadi, hanya seat potong saja yang mampu melancarkan gerakan punggung pelumba ke belakang dan ke depan mengikut keperluan trek.

Faktanya, tiada alasan kukuh langsung untuk penunggang biasa menunggang seperti itu melainkan ketika hari hujan bagi mengelak air menusuk masuk ke dalam mata, ataupun ketika merempit bersama rakan sepermotoran pada hujung minggu.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal

KENAPA POPULAR?

Satu lagi sebab kenapa trend seat potong popular ialah ia mudah dan murah dibuat, serta lulus piawaian abang polis dan JPJ. Ini membolehkan sesiapa saja ber-seat potong tanpa perlu takut-takut. Malah, seat potong boleh dikatakan berada dalam senarai atas ubah suai wajib sebaik saja mat motor 90-an diberikan kunci motor daripada abah ataupun tauke kedai. Di kemuncak trend ini, kau dianggap tidak cukup jahat jika tidak buat seat potong.

Tetapi ada satu fakta menarik lain, seat potong menjadi modal nakal untuk mat motor zaman itu membonceng makwe yang secara automatik akan menggelongsor ke depan (cover licin jadi pilihan), lalu bersentuhan dengan belakang penunggang. Makwe yang sopan biasanya akan memegang carrier belakang, atau sekali-sekala akan menjarakkan posisi duduk dengan menolak badan ke belakang.

Kalau yang kedua-duanya sama nakal, melentiklah jadinya. Ahhh… malas pula Pak Yon nak cerita.

TREND INI MULA PUDAR

Nak sangat aerodinamik kan?

Memasuki era pertengahan 2000-an, trend seat potong mula pudar ditelan masa. Mungkin kerana lebih banyak membawa kemudaratan berbanding manfaat. Seat potong agak menyeksa punggung untuk mereka yang kerap menunggang jauh.

Kesuraman dunia Cub Prix (selepas berakhir era Wazi, Meganathan, Kuan Meng Heng dan Shahrol Yuzy) juga antara punca trend ini merosot, selain kemunculan kapcai laju seperti Yamaha 135LC berharga mahal yang membuatkan penunggang merasakan tidak sampai hati mengorbankan kusyen seat motor mereka untuk dipotong begitu saja.

BACA >>> Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

Atau mungkin juga sebab tak tahan dikomplen mak atau abah yang terseksa punggung mereka ketika membonceng ke kedai atau surau (ingat, abah pakai kain pelekat je 😅). Ataupun disebabkan, ingatkan nak dapat makwe cun, tapi makwe pilih Honda VTEC…. Kita pula kapcai ajeeee… Ermmmm…. Masuk angin keluar asappp… 🏍💨

Budaya Pop mat motor Pelana Rata Pop Culture roda2 Seat rata Trend Trend 90-an Trend Milenia
Aryon

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.