Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Mazda Eunos Cosmo, Grand Tourer Mewah dari Jepun yang Ramai Tidak Kenal
Autotainment

#RetroAuto: Mazda Eunos Cosmo, Grand Tourer Mewah dari Jepun yang Ramai Tidak Kenal

ArifBy Arif14/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA Cosmo ialah coupé grand touring dihasilkan Mazda pada 1967 -1996. Sepanjang pengeluaran, Mazda Cosmo digelar sebagai model ‘halo’, dan generasi pertama dilancarkan dengan enjin rotari Wankel.

Mazda memutuskan menggunakan nama Cosmo bagi mencerminkan daya tarikan budaya antarabangsa dan perlumbaan angkasa. Ia seiring hasrat Mazda mahu menunjukkan enjin rotari sebagai kemajuan teknologi yang diusahakan untuk perkembangan teknologi masa depan.

BACA >>> SUV Elektrik Mazda MX-30 (2022) Buka Tempahan! 12 Perkara Anda Perlu Tahu
BACA >>> Mazda CX-8 (2022) Lancar di Malaysia, Lima Varian Termasuk Turbo, Harga Mula RM177k!

Nama itu bukan janggal dalam pasaran automotif, Cosmo generasi kedua mula dijual pada pertengahan hingga akhir 1970-an. Kehadiran generasi keempat, iaitu model terakhir Cosmo pada 1990, Mazda menggabungkan semua teknologi enjin rotari dengan satu kelainan.

Mazda Eunos Cosmo adalah satu-satunya model Mazda dengan enjin tiga rotor dan pengecas turbo kembar.

Dalam artikel ini, penulis akan memberikan tumpuan kepada model keluaran akhir Cosmo, yang lebih dikenali sebagai Mazda Eunos Cosmo. Generasi terakhir Cosmo ialah model premium Mazda yang dikeluarkan sebagai Mazda Eunos Cosmo menerusi jenama mewah Mazda ketika itu, iaitu Eunos.

Mazda Eunos Cosmo (foto atas) ialah model coupe mewah 2+2 kerusi. Kebanyakan ciri dan fungsi diperkenalkan pada model ini bercirikan ‘world’s first’ seperti skrin sentuh dan sistem navigasi. Ciri lain adalah:

  • Ada dua opsyen enjin ditawarkan: 1.3L (230hp) dan 2.0L Turbo.
  • Enjin 2.0L Turbo didatang dengan sistem pengecas turbo dua tahap yang mampu meledakkan kuasa antara 230hp dan 280hp.
  • Masalah lengah turbo (turbo lag) yang menjadi isu biasa ketika itu dapat diatasi menggunakan sistem rangsangan berturutan serupa seperti diaplikasi Toyota Supra.
  • Sistem pacuan roda belakang (RWD) pula hanya tersedia dalam bentuk coupe dengan jarak roda panjang, manakala keselesaan memandu sama seperti ditawarkan sebuah kereta grand tourer (GT).

  • Walaupun model mewah dan selesa, Mazda Eunos Cosmo masih mampu menawarkan pengendalian agresif dan kepuasan memandu menerusi kehadiran teknologi terkini pada masa itu.
  • Model ini digelar ‘tour de force’ kerana dilimpahi  banyak teknologi moden. Kebanyakan ciri itu kini digunakan model Mazda baharu.
  • Sistem navigasi (GPS) sudah menjadi antara ciri terpenting yang perlu ada setiap kereta masa kini.
  • Ciri lain diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), telefon mudah alih dan sistem kawalan iklim (climate control) yang lebih canggih, dan dapat dikawal menerusi paparan skrin sentuh.
  • Mazda Eunos Cosmo juga menjadi antara kereta terawal yang bertukar kepada sistem ECAT baharu untuk tujuan diagnostik dan penyenggaraan.
  • Bagi kereta berkonsep mewah dan sporty, Mazda Eunos Cosmo memang direka untuk tampak elegan dan mewah, dengan ruang kabin memberikan fiil unik.
  • Papan pemuka direka dalam rekabentuk futuristi, manakala sebahagian papan pemuka digabungkan menjadi jalur gelap yang membalut kabin, termasuk penggunaan material kulit dan kayu untuk gambaran ia model GT mewah yang sesuai dengan status sebagai model perdana Mazda.

  • Pelbagai teknologi moden turut ditawarkan seperti pecutan 0-100kmj sepantas kurang 6 saat, manakala kelajuan maksimum 254kmj.
  • Malah, Mazda Cosmo menjadi antara kereta terpantas dalam segmen walaupun memiliki rekod penggunaan bahan api yang teruk kerana perlu menampung berat badan hampir dua tan dan penampilan agak terkawal. Ini mungkin satu kelebihan, kerana model ini ditujukan kepada golongan eksekutif yang mahukan prestasi dan teknologi dalam kondisi yang lebih low-key berbanding model pesaing seperti BMW ataupun Jaguar.
  • Harga ditawarkan meletakkan Mazda Cosmo dalam posisi setanding model konti seperti Mercedes, BMW dan Audi.
  • Selain Jepun, Eunos Cosmo juga dijual di pasaran Britain, Australia dan New Zealand dengan jualan hampir 9,000 unit sepanjang 1990 hingga 1996.

Penamatan pengeluaran Mazda Cosmo seiring keputusan Mazda menamatkan jenama Eunos dengan menggabungkan konsep mewah di bawah satu jenama sahaja, iaitu Mazda.

Tambahan lagi, tanda nama Eunos kurang dikenali di luar Jepun, yang mana model seperti Cosmo dengan enjin rotari tidak begitu sesuai dengan barisan semasa Mazda di pasaran antarabangsa. Malah, trend pengeluar itu juga sudah berubah yang lebih cenderung kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak.

BACA >>> Kit Supercas BBR Mazda MX-5 Ini Mampu Ledakkan Kuasa Hingga 250hp, Harga RM25k!
BACA >>> Bermaz Auto Perkenal Varian Baharu Mazda CX-3 dengan Enjin 1.5L, 2.0L, Harga Mula RM107k

autotainment grand tourer Mazda Cosmo Mazda Eunos Cosmo Retro Auto Roda4
Arif

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.