• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Retro Gaya 'Fun In Funky' Bersama Suzuki VanVan 200 (2017)

Retro Gaya 'Fun In Funky' Bersama Suzuki VanVan 200 (2017)

July 19, 2016 By Admin PanduLaju 1 Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

suzuki-vanvan-200
SEBENARNYA, ada banyak model Suzuki yang sentiasa menggoda iman peminat jentera roda dua di luar sana. Salah satunya model Suzuki VanVan 200 yang sedia ada di pasaran Amerika Syarikat dan Britain pada harga AS$4,599 (RM18, 221).

Suzuki VanVan 200 dikuasakan enjin 199cc SOHC, 4-lejang, penyejukan udara dan dipadankan transmisi 5-kelajuan generasi baharu. Enjin dipasangkan pada frem keluli gaya berlian yang sama digunakan pada versi 125cc.

Frem kecil itu dilengkapi tangki minyak 6.5 liter dengan rekaan slim yang mewakili status ikonik VanVan asli sebelum disempurnakan dengan pelana panjang dan tebal supaya tunggangan lebih selesa. Posisi hendal tinggi menawarkan capaian mudah, mankala ketinggian pelana (770mm) menjadikan Suzuki VanVan 200 sesuai buat mereka yang baru berjinak dalam dunia dua roda. Ciri khas paling menarik ialah posisi ekzos tinggi dan besar.

TUNGGANGAN SELESA

Suzuki VanVan 200 menggunakan rim jejari 18-inci bersama tayar 120/80, manakala rim belakang 14-inci dengan tayar lebih lebar, 180/80. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik 33mm di hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang. Keupayaan membrek ditugaskan kepada kaliper 2-piston untuk roda hadapan, manakala sistem hentian roda belakang mengekalkan tema retro menerusi brek dram.

Suzuki VanVan 200 itu ditawarkan dalam warna Metallic Triton Blue (biru) atau Metallic Matte Fibroin Grey (kelabu). Sekilas sejarah, model VanVan melakukan debut pada 1972 dengan enjin 123cc dan dikeluarkan hingga 1982. Pada 2003, Suzuki membawa kembali VanVan, tetapi menerusi enjin 125cc sebelum mengembangkannya dengan enjin 199cc yang diperkenalkan di pameran permotoran Itali, EICMA tahun lalu.

SPESIFIKASI

SUZUKI VANVAN 200
Enjin: 4-lejang SOHC, penyejukan udara, satu silinder
Sesaran: 199cc
Sistem Minyak: Pancitan bahan api
Penghidup: Elektrik
Transmisi: 5-kelajuan
Suspensi: Teleskopik, spring koil (depan); Swingarm, spring koil (belakang)
Brek: Cakera (depan); Dram (belakang)
Tayar: 130/80-18M/C 66P (depan); 180/80-14M/C 78P (belakang)
Berat: 128kg
Kapasiti Tangki: 6.5L

 GALERI

suzuk-vanvan-2017 (12)
suzuk-vanvan-2017 (9)
suzuk-vanvan-2017 (11)
suzuk-vanvan-2017 (7)
suzuk-vanvan-2017 (8)
suzuk-vanvan-2017 (4)
suzuk-vanvan-2017 (6)
suzuk-vanvan-2017 (3)
suzuk-vanvan-2017 (2)
suzuk-vanvan-2017 (5)
suzuk-vanvan-2017 (10)

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Suzuki, Suzuki VanVan200

Comments

  1. azmi says

    July 12, 2018 at 5:52 PM

    Cerita tak abih, tanya le Suzuki Malaysia bila nak bwk masuk model ni,
    kat siam ada dah model ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev