Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Twingo E-Tech electric, EV Urban Mampu Milik Harga Bawah £20k!
Roda4

Renault Twingo E-Tech electric, EV Urban Mampu Milik Harga Bawah £20k!

Abang HirataBy Abang Hirata24/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Renault Twingo E-Tech electric

RENAULT Twingo E-Tech electric baharu menandakan kembalinya ikon kereta urban yang pernah mengubah segmen-A pada 1990-an lalu.

Dengan visi menjadikan mobiliti elektrik lebih mampu milik, model generasi baharu itu dilancarkan dengan sasaran harga permulaan bawah £20,000 (RM109,950) dan lebih sekiranya mendapat subsidi Kerajaan.

Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric

Renault melihat itu sebagai peluang pertumbuhan utama syarikat, terutama apabila kebanyakan pengeluar menarik diri daripada segmen-A kerana kesukaran mengimbangkan kos, piawaian dan jangkaan pelanggan moden.

Pembangunan 100 Minggu, Rekabentuk Ceria

Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric

Renault Twingo E-Tech electric ialah produk daripada strategi pembangunan agresif, yang direka dan dibina dalam masa hanya 100 minggu atau separuh daripada masa diperlukan untuk model elektrik terdahulu Renault.

Pencapaian itu bertujuan memastikan harga kompetitif dan pengeluaran di pangkalan Eropah (Novo Mesto, Slovenia). Rekabentuk luaran mengekalkan karakter Twingo yang ceria dan nakal, dengan menampilkan siluet kotak tunggal (onebox) dan garis ekspresif.

Renault Twingo E-Tech electric

Kenderaan elektrik (EV) itu direka sebagai ‘gelembung tenaga’ yang mempunyai jarak roda lebih panjang (2,493mm) dan rim besar (hingga 18 inci) untuk penampilan lebih mantap di jalan raya.

Model itu juga akan ditawarkan dalam pelbagai warna ceria, termasuk tiga warna baharu seperti Red Absolute (merah),  Green Absolute (hijau) dan Yellow Mango (kuning).

Praktikaliti, Modulariti

Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric

Walaupun dimensi panjang begitu kompak (3,790mm), Renault Twingo E-Tech electric menawarkan ruang dalaman setanding kenderaan segmen-B, yang sesuai untuk kesesakan bandar dan memudahkan urusan parkir.

Ciri modulariti diwarisi daripada Twingo asal, iaitu dua kerusi belakang independan boleh gelongsor berasingan sejauh 170mm.

Ini membolehkan pengguna memilih sama ada mengutamakan ruang kaki penumpang atau kapasiti but, yang boleh mencapai hingga 360 liter. Apabila tempat duduk belakang dilipat, kapasiti muatan dapat pertingkat kepada lebih 1,000 liter.

Sistem Kuasa Elektrik, Pengecasan

Renault Twingo E-Tech electric dikuasakan motor elektrik kompak 60kW (82hp). Model itu ringan (bermula 1,200kg) dan mampu memecut dari 0-50kmj sepantas 3.85 saat. Berikut maklumat spesifkasi lain:

  • Teknologi bateri litium-besi-fosfat (LFP) 27.5kWj untuk nisbah kos/julat ideal, selain mengurangkan pergantungan pada logam kritikal
  • Jarak pemanduan hingga 262km (WLTP)
  • Pengecasan standard (AC) 6.6kW semua varian untuk mengecas 10 – 100 peratus dalam masa 4 jam 15 minit
  • Ada juga pilihan pengecasan AC 11kW dan pantas (DC) 50kW untuk mengecas 10 – 80 peratus sepantas 30 minit.
  • Pengecasan dua hala AC 11kW sebagai standard untuk fungsi kenderaan kepada bebas (V2L) dan kenderaan kepada grid (V2G).

Teknologi Pintar, Keselamatan

Renault Twingo E-Tech electric

Renault Twingo E-Tech electric baharu dilengkapi teknologi yang biasanya terdapat pada segmen lebih tinggi, seperti:

  • OpenR Link dengan Google Terbina Dalam: Standard untuk varian Techno untuk akses kepada Google Maps (dengan perancang laluan EV), Google Assistant, dan lebih 100 aplikasi
  • Avatar Reno: Rakan maya untuk membantu pemandu mengawal fungsi kenderaan, menjadual pengecasan dan menjawab soalan lazim. Turut disepadu dengan aplikasi kecerdasan buatan, ChatGPT
  • One Pedal: Fungsi brek regeneratif untuk pemandu memperlahan dan menghentikan kenderaan hanya dengan melepaskan pedal minyak, sangat berguna dalam trafik bandar.
  • Keselamatan: Dilengkapi 24 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), seperti sistem meletak kenderaan bebas tangan (pertama dalam segmen), Amaran Keluar Selamat (SEA) dan Sistem Brek Kecemasan Automatik Belakang (RAEB).

Renault Twingo E-Tech electric juga mematuhi piawaian keselamatan GSR2.3, dandijadual untuk pelancaran pasaran pada 2027. Model EV itu wajar dipertimbangkan untuk pasaran tempatan bagi menggantikan ZOE yang setia dipasarkan Renault Malaysia.

Ciri Teknikal Utama

  • Memiliki dimensi panjang 3,789mm, lebar 1,720mm, dan tinggi 1,491mm, manakala jarak roda 2,493mm
  • Jarak tinggi bumi (tanpa muatan) 143mm
  • Kapasiti but hingga 360 liter
  • Berat bermula 1,200kg
  • Kuasa motor elektrik 60kW (82hp), dan tork 175Nm
  • Bateri litium besi-fosfat (LFP) 27.5kWj
  • Jarak pemanduan hingga 262km (WLTP)
  • Pengecasan standard (AC) 6.6kW
  • Pengecasan pilihan AC 11kW dan pantas (DC) 50kW
  • Kelajuan maksimum 130kmj
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 3.85 saat
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 12.1 saat
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
Renault Twingo E-Tech electric
EV Bandar EV Mampu Milik EV Urban Kenderaan Elektrik (EV) Renault Renault Twingo Renault Twingo E-Tech Renault Twingo E-Tech electric
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.