Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia
Auto Terkini

Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia

Han OthmanBy Han Othman22/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) bagi perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Carlos Ghosn berkata beliau kini tidak berminat memperkenalkan semula Renault ke pasaran Amerika Syarikat (AS). Dalam satu temubual dengan portal Automotive News, Ghosn mendakwa Renault sudah menyasarkan pasaran baru di China dan Rusia, serta tidak berminat lagi bersaing di AS.

“Saya tidak fikir tentang itu (memasuki pasaran AS). Tiada peluang untuk melakukannya dalam pelan penggal pertengahan ini. Keutamaan bagi Renault buat masa ini ialah China dan Rusia.

“Renault akan menjual 70,000 unit kereta di China tahun ini dan sepatutnya menjual 550,000 unit lagi menjelang penghujung pelan nanti. Di Rusia, Renault perlu menumpukan kepada usaha pemulihan di sana,” katanya sambil mendakwa Renault kini sudah ada cukup enjin untuk pembangunan masa hadapan dan tidak perlu ditambah lagi.

Walaupun Renault tidak berminat dengan AS, dua lagi rakan perikatan, Nissan dan Mitsubishi masih kekal menjual model masing-masing di negara itu. Ghosn turut berkata,  China, Rusia dan Brazil ialah tiga pasaran yang akan memberikan impak besar ke atas jualan perikatan automotif itu, yakni sebanyak 40 peratus menjelang 2022.

SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini Carlos Ghosn perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi Renault-Nissan-Mitsubishi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.