Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Filante Record 2025 dipandu lebih 1 ribu km, bateri masih berbaki 11%!
Roda4

Renault Filante Record 2025 dipandu lebih 1 ribu km, bateri masih berbaki 11%!

Abang HirataBy Abang Hirata29/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RENAULT menutup tahun 2025 dengan pencapaian penting apabila Renault Filante Record 2025 berjaya mencipta rekod kecekapan tenaga dalam pemanduan dunia sebenar.

Kereta demo elektrik ini membuktikan bahawa jarak jauh boleh dicapai tanpa bergantung kepada bateri bersaiz luar biasa atau pemanduan perlahan.

Dalam percubaan rasmi yang berlangsung pada 18 Disember 2025 di litar ujian UTAC, Maghribi, Filante Record 2025 berjaya mencatatkan prestasi berikut:

  • Jarak pemanduan: 1,008 km
  • Tempoh keseluruhan: 9 jam 52 minit (tidak termasuk 7 minit pertukaran pemandu)
  • Kelajuan purata: 102 km/j
  • Penggunaan tenaga: 7.8 kWj/100 km
  • Kapasiti bateri: 87 kWj (saiz sama seperti Renault Scenic E-Tech Electric)

Lebih menarik, pada penghujung ujian, bateri masih berbaki 11 peratus, yang menurut Renault mencukupi untuk membolehkan kenderaan ini bergerak sekitar 120 km lagi pada kelajuan melebihi 100 km/j.

Cabaran Dengan Sasaran Realistik

Sejak awal 2025, Renault menetapkan satu cabaran yang jelas iaitu memandu sebuah kenderaan elektrik melebihi 1,000 km menggunakan bateri bersaiz pengeluaran, pada kelajuan lebuh raya sebenar, tanpa berhenti untuk mengecas.

Percubaan pertama pada Oktober terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk, sebelum sasaran ini akhirnya berjaya dicapai pada Disember.

Bagi Renault, matlamat ini bukan sekadar mengejar jarak maksimum dan jika itu sahaja sasarannya, mereka boleh memilih bateri lebih besar atau pemanduan pada kelajuan rendah.

Sebaliknya, Filante Record 2025 perlu mengekalkan kelajuan purata melebihi 100 km/j dan melengkapkan jarak lebih 1,000 km dalam masa kurang 10 jam, termasuk hentian teknikal dan pertukaran pemandu.

Untuk mencapai sasaran, setiap aspek kecekapan dieksploitasi sepenuhnya, melibatkan:

  • Aerodinamik yang dioptimumkan secara ekstrem
  • Pengurangan berat ke tahap minimum
  • Penggunaan bahan dan komponen yang dioptimumkan

Aerodinamik Jadi Faktor Penentu

Ujian terowong angin yang dijalankan beberapa bulan lalu membawa kepada reka bentuk semula ketara, sekali gus membuktikan peranan penting aerodinamik dalam kecekapan kenderaan elektrik.

Antara penambahbaikan utama yang dilakukan termasuk:

  • Fairing roda direka semula dan dipasang terus pada roda untuk aliran udara lebih bersih
  • Struktur tengah dikekalkan kerana sudah hampir optimum dari sudut aerodinamik
  • Bukaan udara dan antara muka teknikal dikecilkan bagi mengurangkan seretan

Hasilnya, bentuk kenderaan bukan sahaja kelihatan lebih ringan, malah menyumbang secara langsung kepada peningkatan kecekapan tenaga.

Makmal Bergerak Berteknologi Tinggi

Dengan berat hanya 1,000 kg, Renault Filante Record 2025 dibangunkan sebagai sebuah makmal bergerak bagi menguji teknologi pacuan elektrik generasi baharu.

Kenderaan ini menjadi platform pertama Renault untuk menggabungkan beberapa teknologi utama secara serentak, antaranya:

  • Sistem stereng dan brek sepenuhnya elektronik (steer-by-wire dan brake-by-wire)
  • Penggunaan meluas bahan ultra ringan seperti gentian karbon dan aloi aluminium
  • Komponen bercetak 3D termasuk aloi Scalmalloy
  • Tayar khas Michelin dengan rintangan gelinciran rendah dan aerodinamik dioptimumkan
  • Gabungan teknologi ini membolehkan Renault memaksimumkan kecekapan tanpa menjejaskan kestabilan atau kawalan pada kelajuan tinggi.

Rekaan Berinspirasikan Warisan Renault

Dari sudut rekaan, Filante Record 2025 bukan sekadar sebuah jentera rekod, tetapi juga penghormatan kepada sejarah Renault.

Warna biru ultraviolet memberi penghormatan kepada Renault 40 CV 1925, manakala pengaruh Étoile Filante 1956 jelas kelihatan pada bentuk dan perincian reka bentuk.

Elemen dunia penerbangan turut diterapkan, termasuk:

  • Kubah kokpit menyerupai pesawat pejuang
  • Posisi pemandu diinspirasikan daripada jentera Formula 1

Keseluruhan pendekatan reka bentuk ini berpaksikan satu prinsip utama, iaitu kecekapan maksimum dengan penggunaan tenaga minimum.

Usaha Berpasukan Di Sebalik Rekod

Rekod ini dicapai melalui kerjasama rapat antara pasukan Renault dan rakan strategik mereka.

Ligier memainkan peranan penting dalam pembangunan rangka, struktur karbon dan rangkaian kuasa manakala Michelin membangunkan tayar khas berkecekapan tinggi khusus untuk projek ini.

Tiga pemandu Renault Group, iaitu Laurent Hurgon, Constance Léraud-Reyser dan Arthur Ferriere, bergilir memandu sepanjang hampir 10 jam, melengkapkan 239 pusingan di litar UTAC yang sepanjang lebih empat kilometer.

Renault Renault Filante Renault Filante Record 2025
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.