Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Captur Trophy Edisi Terhad di Malaysia, Harga Kekal Seperti Varian Standard!
Roda4

Renault Captur Trophy Edisi Terhad di Malaysia, Harga Kekal Seperti Varian Standard!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TC EURO Cars (TCEC) memperkenalkan edisi khas Renault Captur Trophy yang didatangkan dalam unit terhad berserta ciri tambahan seperti:

  • Warna Orange Trophy (jingga) yang diambil daripada warna signatur Megane R.S.
  • Spoiler depan dan belakang sporty warna logam
  • Dekal bendera 3D
  • Pintu but elektrik

Menariknya, Captur Trophy dijual pada harga RM107,980, sama seperti varian standard, manakala trenkuasa juga kekal sama dengan enjin 1.2L pengecas turbo berkuasa 118hp @ 5,000rpm dan tork 205Nm @ 2,000rpm dengan transmisi automatik EDC (Efficient Dual Clutch) 6-kelajuan.

BACA >>> 11 Fakta Pantas | Renault Captur (2018) Facelift CKD, Harga Kekal – RM109,000

Model ini mencatatkan penggunaan bahan api 5.9 liter per 100km dengan mod ECO memberikan ekstra penjimatan bahan api hingga 10 peratus.

Aspek luaran menampilkan ciri lampu siang (DRL) LED dan gril rekaan semula mirip crossover lebih besar, Kadjar. Juga dibekalkan rim aloi 17-inci dan lampu signal belok LED pada cermin sisi.

Captur Trophy dilengkapkan sistem multimedia MediaNav dengan skrin sentuh 7 inci berserta sambungan auksiliari (AUX), USB, Bluetooth dan navigasi. Antara ciri standard ditawarkan ialah penghidup tanpa kunci (keyless entry) dengan fungsi kunci automatik, lampu utama dan sensor hujan automatik, kamera undur dan sistem navigasi serta poket pintu yang boleh memuatkan botol minuman 1.5 liter.

BACA >>> 7 Fakta Pantas: Renault Megane RS280 Cup Kini di Malaysia, Harga RM280k

Kepada pembeli Captur Trophy ini, Renault menawarkan pakej servis dan penyenggaraan percuma selama 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu), dan waranti pengeluar dengan perbatuan tanpa had, juga 5 tahun!

GALERI

 

Captur Crossover Edisi Terhad Edisi Terhad Captur Trophy Renault Renault Captur Roda4 TC Euro Cars (TCEC)
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.