Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rebat Istimewa RM700 untuk Pembelian Voge FR150 Formica Rossa 150, Harga Kini RM8,188
Auto Terkini

Rebat Istimewa RM700 untuk Pembelian Voge FR150 Formica Rossa 150, Harga Kini RM8,188

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Voge FR150 Formica Rossa

BERITA baik kepada semua penggemar motosikal dua roda, Voge Malaysia menawarkan rebat khas RM700 bagi setiap pembelian model Voge FR150 Formica Rossa 150. Dengan promosi itu, harga jualan kini hanya RM8,188, tidak termasuk insurans dan cukai jalan berbanding harga asal, RM8,888.

Tawaran menarik itu sah hingga 30 November 2025, tertakluk terma dan syarat selagi stok masih ada. Kepada mereka yang mahu menikmati gaya tunggangan premium pada harga berbaloi, Voge FR150 Formica Rossa 150 kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.

Direka untuk Gaya, Prestasi Maksimum

Voge Formica Rossa 150 (FR150)

Voge FR150 Formica Rossa 150 bukan sekadar tampil bergaya, tetapi dibina untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan kawalan.

Supermoped itu dijana enjin silinder tunggal 149.6cc DOHC, dengan output kuasa 11.5kW (15.4hp) @ 8,500rpm, dan tork 13.5Nm @ 7,500rpm.

Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan memberikan hantaran kuasa lebih lancar, manakala klac jenis sliper membantu mengurangkan kesan brek enjin ketika menurunkan gear agresif, sekali gus memberikan tunggangan lebih stabil dan responsif.

Tiada Kompromi Ciri Keselamatan

Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa

Selain itu, Voge FR150 Formica Rossa turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk keyakinan tambahan ketika membrek di atas pelbagai permukaan jalan. Rekabentuk badan aerodinamik dan ergonomik menambahkan keselesaan untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.

Bukti Kehebatan di Litar Lumba


Voge FR150 bukan saja menarik perhatian di jalan raya, malah membuktikan kemampuan dan daya ketahanan di arena perlumbaan profesional seperti Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Pencapaian ini menunjukkan Voge FR150 Formica Rossa bukan sekadar supermoped dengan gaya, tetapi jentera yang dibina untuk prestasi sebenar.

Promosi Terhad, Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Dengan gabungan gaya moden, prestasi mengagumkan dan nilai luar biasa, Voge FR150 Formica Rossa menetapkan standard baharu dalam segmen motosikal 150cc premium. Rebat RM700 itu hanyalah permulaan kepada pengalaman tunggangan yang epik.

Maklumat lanjut atau tenpahan model, sila kunjungi pengedar sah Mforce terdekat atau layari laman rasmi www.voge.com.my.

Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Voge FR150 Formica Rossa
Kapcai MForce Bike Moped roda2 Supermoped VOGE FR150 Voge FR150 Formica Rossa 150 VOGE Malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.