Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RCB MiniMoto 2025: Fayyadh Teruskan Dominasi di Tangkak
Auto Terkini

RCB MiniMoto 2025: Fayyadh Teruskan Dominasi di Tangkak

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RCB MiniMoto 2025

SELEPAS dua pusingan penuh aksi, Kejuaraan RCB MiniMoto kini menuju ke Selatan tanah air untuk pusingan ketiga yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, juga menjadi acara sokongan kepada siri FIM MiniGP Malaysia.

Pelumbaan pusingan ketiga menyaksikan persaingan sengit antara dua bintang muda berbakat, Adra Mikayla dan Fayyadh Anaqi.

Adra vs Fayyadh: Saingan Dua Bintang Muda Berbakat

RCB MiniMoto 2025

Selepas kejayaan di Litar Horizon, Beranang, Selangor, nama Adra terus menjadi perhatian apabila mencipta kejutan mengatasi Fayyadh dalam saiangan pusiangan pertama.

Namun Fayyadh pantas membalas dengan kemenangan bergaya dalam perlumbaan pusingan kedua yang menyaksikan tahap kemahiran tinggi dalam kalangan pelumba.

Adra Jadi Inspirasi di Sebalik Aksi

RCB MiniMoto 2025

Adra yang juga salah seorang pelumba wanita dalam perlumbaan tersebut menunjukkan prestasi luar biasa yang memberi inspirasi kepada ramai kaum hawa untuk menceburi dunia sukan permotoran.

Namun, Adra tidak beraksi di Tangkak kerana had umur yang ditetapkan dalam peraturan teknikal. Walaupun penampilan singkat, kesan diberikann cukup besar dalam membuka ruang kepada lebih ramai pelumba wanita pada masa depan.

Fayyadh Terus Menyinar di Tangkak

RCB MiniMoto 2025 - Fayyadh Anaqi
RCB MiniMoto 2025 - Litar Tangkak

Fayyadh meneruskan dominasi di Tangkak apabila meraih podium juara yang diapit Wan Haqim Al Mahdi di tempat kedua, dan Yusuf Iskandar (ketiga) turut mencuri tumpuan apabila masing-masing menaiki podium.

Litar Tangkak mencabar dengan kombinasi selekoh laju dan zon brek teknikal menguji ketangkasan dan ketepatan pelumba. Seramai 13 pelumba menyertai pusingan ketiga itu yang menjanjikan aksi sengit dan mendebarkan.

Kejuaraan itu bukan sekadar medan perlumbaan, tetapi menjadi platform pembangunan bakat muda dalam sukan permotoran negara.

Komitmen RCB untuk Masa Depan Perlumbaan

RCB MiniMoto 2025

RCB komited membangunkan ekosistem permotoran tempatan menerusi kejuaraan itu yang menyediakan laluan tersusun buat pelumba muda menimba pengalaman dan mengejar impian menjadi pelumba profesional.

Dari peringkat MiniMoto hingga kejuaraan antarabangsa, inisiatif itu menjadi asas penting dalam membentuk generasi pelumba masa depan negara.

Lebih sekadar meningkatkan kemahiran, RCB juga menitik berat pembentukan nilai dan disiplin dalam kalangan pelumba muda. Melalui pendekatan tersebut, diharapkan pelumba akan membina kerjaya yang bukan saja cemerlang di litar, tetapi juga beretika dan bertanggungjawab sebagai atlet.

Maklumat Acara

  • Lokasi: Litar Lumba Tangkak, Johor
  • Tarikh: 26 dan 27 Julai 2025
  • Kategori: Kejuaraan RCB MiniMoto
RCB MiniMoto 2025
RCB MiniMoto 2025
RCB MiniMoto 2025
RCB MiniMoto 2025
RCB MiniMoto 2025
RCB MiniMoto 2025
RCB MiniMoto 2025 - Fayyadh Anaqi
RCB MiniMoto 2025 - Litar Tangkak
Auto Terkini Fayyadh Anaqi Johor Kejuaraan RCB MiniMoto 2025 Litar Lumba Tangkak MiniMoto RCB RCB MiniMoto sukan permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah โ€˜Kaki Keretaโ€™, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.