Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid Penang Guna Aplikasi Baharu ‘Rapid On-Demand’ Ganti Aplikasi Kummute!
Auto Terkini

Rapid Penang Guna Aplikasi Baharu ‘Rapid On-Demand’ Ganti Aplikasi Kummute!

SyafieBy Syafie10/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERMULA 15 November 2025, pengguna perkhidmatan Rapid Penang On-Demand akan beralih kepada aplikasi tempahan baharu, dikenali Rapid On-Demand, menggantikan aplikasi Kummute yang digunakan sebelum ini.

Langkah itu diumumkan pengendali rasmi perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd, sebagai sebahagian usaha menyatukan sistem tempahan dan menambah baik pengalaman pengguna di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Antaramuka Lebih Mesra Pengguna, Tempahan Lebih Pantas

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata, aplikasi baharu itu menampilkan antaramuka lebih moden dan mesra pengguna, yang dilengkapi ciri tambahan seperti:

  • Penetapan lokasi jemputan yang lebih tepat
  • Paparan masa ketibaan bas secara masa nyata 
  • Kemas kini status tempahan secara langsung

Menurutnya, penyelarasan itu juga sebahagian transformasi digital Rapid Bus untuk memperkukuh sistem operasi dan meningkatkan kemudahan akses pengguna di seluruh rangkaian perkhidmatan.

Muat Turun Percuma di Google Play, App Store

Aplikasi Rapid On-Demand kini boleh dimuat turun percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Pengguna aplikasi Kummute sedia ada disarankan beralih ke platform baharu itu sebelum 15 November bagi mengelak sebarang gangguan perkhidmatan.

Promosi Tambang RM1 Diteruskan di 11 Zon Perkhidmatan

Rapid Bus turut mengekalkan promosi tambang RM1 bagi setiap perjalanan di 11 zon perkhidmatan Rapid Penang On-Demand. Kaedah pembayaran yang diterima termasuk:

  • Kad debit atau kredit
  • DuitNow QR
  • e-Dompet
  • Pas perjalanan tanpa had Mutiara
  • Pas Rapid Mesra (dahulu dikenali sebagai Pas OKU Smile)

Maklumat lanjut mengenai zon perkhidmatan dan panduan penggunaan aplikasi, boleh layari laman web rasmi www.myrapid.com.my atau ikuti saluran media sosial Rapid Penang.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kummute pengangkutan awam Rapid Bus Sdn Bhd Rapid On-Demand Rapid Penang Rapid Penang On-Demand
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Auto Terkini

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati Dalam F1 2026

23/02/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

LRT3 Shah Alam Bakal Beroperasi Sebelum Jun, Ujian Akhir Sedang Dipercepat

23/02/2026
Auto Terkini

AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.