Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid On-Demand Laksana Struktur Tambang Tetap RM2 Mulai 1 Februari 2026
Auto Terkini

Rapid On-Demand Laksana Struktur Tambang Tetap RM2 Mulai 1 Februari 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERKHIDMATAN Bas Rapid On-Demand (ROD) akan melaksanakan struktur tambang tetap sebanyak RM2 bagi setiap perjalanan bermula 1 Februari 2026, menandakan penamatan fasa tambang promosi RM1 yang diperkenalkan sebelum ini.

Ketua Jabatan Perancangan dan Strategi Prasarana Malaysia Berhad, Sharul Azwa Abd Rani berkata, pelaksanaan kadar baharu itu adalah sebahagian daripada peralihan ROD daripada fasa Pembuktian Konsep (Proof of Concept – POC) kepada model operasi kekal.

Pelaksanaan Tambang Tetap

Menurut beliau, struktur tambang tetap RM2 ini turut melibatkan pemegang pas perjalanan seperti My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga.

“Tambang semasa sebenarnya adalah tambang promosi RM1. Jadi, tambang promosi ini akan berakhir seiring dengan tempoh POC. Bermula 1 Februari 2026, tambang tetap akan dilaksanakan,” katanya ketika sesi taklimat media mengenai kemas kini perkhidmatan ROD di Menara Prasarana.

Perancangan Tambah 300 Van Elektrik

Dalam usaha memperluaskan liputan dan memperkukuh kecekapan operasi, Prasarana Malaysia Berhad turut merancang penambahan sebanyak 300 unit van elektrik (EV) ke dalam sistem perkhidmatan Rapid On-Demand secara berperingkat.

Penambahan itu dijadualkan bermula pada penghujung 2027 dan berterusan sehingga akhir 2028, selari dengan aspirasi Prasarana untuk memperkukuh mobiliti bandar yang lebih mampan serta mesra alam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 130 unit van EV akan ditempatkan di Lembah Klang, manakala baki 170 unit akan beroperasi di Pulau Pinang.

Penambahan Zon Operasi

Seiring penambahan armada, Prasarana turut merancang untuk meluaskan kawasan liputan perkhidmatan Rapid On-Demand melalui penambahan zon operasi baharu.

Di Lembah Klang, sebanyak 22 zon baharu akan diperkenalkan, manakala Pulau Pinang bakal menyaksikan penambahan 23 zon operasi. Ketika ini, perkhidmatan ROD merangkumi keseluruhan 82 zon, dengan 71 zon beroperasi di Lembah Klang dan 11 zon di Pulau Pinang.

Fokus Kebolehcapaian dan Golongan OKU

Selain peluasan liputan, Sharul Azwa turut menegaskan bahawa Prasarana memberi perhatian khusus terhadap keperluan golongan kurang upaya (OKU) dalam penambahbaikan perkhidmatan Rapid On-Demand.

Usaha ini melibatkan penambahbaikan dari segi ciri operasi sedia ada serta perancangan jangka masa hadapan bagi memastikan perkhidmatan mobiliti awam yang lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

SUMBER: Sinar Harian

Auto Terkini bas servis golongan kurang upaya (OKU) My50 Perkhidmatan mobiliti Prasarana Malaysia Berhad Rapid Keluarga Rapid Kembara Rapid Kota Rapid On-Demand Van Elektrik
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.