Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid On-Demand Cecah Lebih 19k Penumpang Harian pada Disember 2025
Auto Terkini

Rapid On-Demand Cecah Lebih 19k Penumpang Harian pada Disember 2025

SyafieBy Syafie19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Van Rapid KL On-Demand

PRASARANA Malaysia Berhad terus merekodkan perkembangan memberangsangkan bagi perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) apabila jumlah penumpang harian meningkat konsisten dan mencecah lebih 19,000 orang sehari pada Disember 2025.

Prestasi positif itu mencerminkan penerimaan yang semakin baik terhadap perkhidmatan mobiliti berasaskan permintaan, terutama dalam menyokong pergerakan komuniti setempat dan berfungsi sebagai pelengkap kepada rangkaian rel serta bas sedia ada.

301 Van di 82 Zon Lembah Klang, Pulau Pinang

Ketika ini, 301 van Rapid On-Demand beroperasi merentasi 82 zon perkhidmatan sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Perkhidmatan itu memainkan peranan penting dalam menghubungkan kawasan kediaman, komersial dan tumpuan awam yang tidak diliputi laluan bas tetap atau mempunyai permintaan perjalanan yang lebih bersasar.

Ketua Strategi dan Perancangan Prasarana Malaysia Berhad, Sharul Azwa Abd Rani berkata, Rapid On-Demand menawarkan pilihan perjalanan lebih responsif, terutama bagi perjalanan jarak dekat dan sebagai sambungan kepada pengangkutan awam utama.

Penambahbaikan Aplikasi Tingkat Pengalaman Pengguna

Seiring pertumbuhan perkhidmatan, aplikasi Rapid On-Demand turut menerima beberapa penambahbaikan penting sejak berfungsi sebagai platform tempahan tunggal bermula November lalu.

Antara fokus utama penambahbaikan adalah:

  • Kestabilan sistem lebih baik
  • Paparan maklumat perjalanan lebih jelas
  • Pengurusan masa menunggu lebih konsisten

Langkah itu dilaksanakan berdasarkan maklum balas pengguna bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan boleh dijangka.

Tambang Promosi Tamat 31 Januari 2026

Sebagai sebahagian peralihan ke fasa operasi lebih stabil dan mampan, tempoh tambang promosi Rapid On-Demand akan tamat 31 Januari 2026.

Bermula 1 Februari 2026, perkhidmatan Rapid On-Demand akan menggunakan kadar tambang tetap RM2 bagi setiap perjalanan.

Selaras pelaksanaan kadar baharu itu, pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga juga perlu membayar tambang RM2 bagi setiap perjalanan Rapid On-Demand.

Konsesi Kekal untuk Pelajar, Warga Emas dan OKU

Walaupun kadar tambang tetap diperkenalkan, Prasarana mengekalkan inisiatif konsesi untuk golongan tertentu seperti:

  • Rapid KL On-Demand (Lembah Klang)
    • Pemegang Kad Konsesi Rapid Pelajar dan Rapid Emas terus menikmati diskaun 50 peratus
    • Pemegang Kad Konsesi Rapid Mesra (OKU) kekal menikmati perjalanan percuma
  • Rapid Penang On-Demand
    • Pemegang Pas Mutiara terus menikmati perjalanan percuma

Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

Bagi kemudahan pengguna, pembayaran tambang Rapid On-Demand boleh dibuat secara tanpa tunai melalui:

Rapid KL On-Demand

  • Kad debit, kad kredit atau Touch ’n Go
  • DuitNow QR
  • e-Dompet
  • Kad Konsesi (Rapid Pelajar, Rapid Emas)

Rapid Penang On-Demand

  • Kad debit, kad kredit atau Touch ’n Go
  • DuitNow QR
  • e-Dompet

Sokong Mobiliti First, Last Mile

Rapid On-Demand terus memainkan peranan penting sebagai perkhidmatan first and last mile, melengkapkan rangkaian pengangkutan awam sedia ada dengan pendekatan lebih fleksibel, mudah diakses dan mesra pengguna.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Rapid On-Demand boleh mlelayari media sosial rasmi Rapid KL dan Rapid Penang, melayari laman web rasmi myrapid.com.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.

Auto Terkini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Rapid On-Demand
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.