Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rapid KL Kemas Kini Produk Tambang Pengangkutan Awam Bermula 1 Januari 2026
Auto Terkini

Rapid KL Kemas Kini Produk Tambang Pengangkutan Awam Bermula 1 Januari 2026

SyafieBy Syafie05/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Rapid KL kemas kini produk baharu 2026

RAPID KL mengumumkan senarai penuh produk perjalanan dan pas tambang pengangkutan awam yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026, terdiri pelbagai pilihan pas tanpa had, diskaun khas dan kemudahan perjalanan untuk semua lapisan pengguna.

Inisiatif itu dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL, selari usaha meningkatkan keterangkuman, kemampuan tambang dan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

Antara produk utama ditawarkan ialah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari:

  • My50: Pas tanpa had 30 hari untuk warga Malaysia sahaja – RM50
  • Rapid Bulanan: Pas tanpa had 30 hari terbuka kepada semua pengguna – RM50

Pas Jangka Pendek Satu, Tiga Hari

Rapid KL turut menawarkan pas perjalanan jangka pendek bagi memudahkan pergerakan harian dan percutian singkat:

  • Rapid Kota – Pas tanpa had 1 hari (RM10) dan 3 hari (RM25) untuk warga Malaysia
  • Rapid Kembara – Pas tanpa had 1 hari (RM25) dan 3 hari (RM55), terbuka kepada semua pengguna dengan tawaran eksklusif rakan strategik

Pas Berkumpulan Hujung Minggu

Bagi perjalanan berkumpulan, Rapid Keluarga diperkenalkan khas untuk warga Malaysia:

  • Pas perjalanan tanpa had 1 hari untuk hingga empat orang
  • Sah digunakan pada hujung minggu dan cuti umum
  • Ditawarkan pada harga RM30

Kemudahan Percuma, Diskaun Khas

Rapid KL turut mengekalkan inisiatif kebajikan dan subsidi bersasar:

  • Rapid Mesra: Perjalanan percuma tanpa had untuk Orang Kurang Upaya (OKU) warga Malaysia berdaftar
  • Rapid Pelajar: Diskaun 50 peratus tambang tunai kepada pelajar warga Malaysia
  • Rapid Emas: Diskaun 50 peratus tambang tunai untuk warga emas warga Malaysia

Sistem Tiket, Token Perjalanan

Bagi kemudahan transaksi, kad Touch ‘n Go kekal berfungsi sebagai sistem tiket tanpa tunai bagi pembayaran tambang dan pengaktifan pas perjalanan.

Selain itu, token perjalanan sehala dan token konsesi masih ditawarkan pada kadar tambang tunai dan boleh digunakan untuk perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT sahaja.

Fokus Keterangkuman, Kemampuan Tambang

Pelaksanaan rangkaian produk RapidKL itu mencerminkan komitmen Prasarana dalam menyediakan sistem pengangkutan awam lebih mampu milik, inklusif dan fleksibel, selari keperluan pengguna bandar dan matlamat menggalakkan peralihan kepada mobiliti awam.

Maklumat lanjut mengenai produk dan terma penggunaan boleh didapati menerusi saluran rasmi RapidKL.

SUMBER: FB RapidKL

Auto Terkini Prasarana Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Rapid KL RapidKL
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.