Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?
Roda4

#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Land Rover Range Rover Velar | Spyshot

LAND ROVER Range Rover Velar dijangka menerima perubahan paling radikal sejak diperkenalkan, berdasarkan imej intip terbaharu yang mendedahkan model generasi terkini yang sedang menjalani ujian.

Perubahan paling ketara adalah rekabentuk badan baharu yang tampak lebih panjang menyerupai wagon tinggi berbanding kenderaan utiliti sukan (SUV) tradisional.

Selain rekabentuk baharu, Velar generasi kedua juga dijangka ditawarkan sepenuhnya sebagai model elektrik selaras strategi elektrifikasi Jaguar Land Rover.

Dibangunkan Atas Platform Elektrik Baharu

Land Rover Range Rover Velar | Spyshot

Range Rover Velar baharu akan dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Dielektrifikasi (Electrified Modular Architecture, EMA), iaitu senibina elektrik terkini Jaguar Land Rover. Platform sama juga digunakan pada model pengeluaran yang dibangunkan daripada konsep Jaguar 00.

Walaupun butiran teknikal masih belum didedahkan sepenuhnya, imej ujian menunjukkan Range Rover Velar generasi baharu tampil dengan profil lebih rendah dan memanjang, sekali gus memberikan rupa mirip wagon yang ditinggikan.

Ikut Trend Wagon Tinggi

Land Rover Range Rover Velar
Land Rover Range Rover Velar

Pendekatan itu selari dengan trend wagon tinggi yang semakin popular dalam industri automotif. Konsep sama pernah digunakan pada beberapa model seperti Volvo Cross Country, Audi allroad dan Mercedes-Benz E-Class All-Terrain.

Dengan perubahan itu, Range Rover Velar dilihat bergerak ke arah rekabentuk yang lebih dekat kepada sedan atau wagon berbanding SUV tradisional.

Dijangka Cetus Perdebatan Kalangan Peminat

Land Rover Range Rover Velar | Spyshot

Perubahan besar itu dijangka menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat Range Rover yang terkenal dengan identiti SUV mewah lasak dan berkeupayaan tinggi di jalan off-road.

Namun, sejarah menunjukkan perubahan radikal tidak semestinya gagal. Range Rover Sport, misalnya, pernah menerima reaksi bercampur ketika diperkenal, tetapi akhirnya menjadi antara model paling laris Range Rover sebelum kemunculan Defender generasi baharu.

Sama ada Range Rover Velar generasi baharu mampu mengulangi kejayaan itu masih belum dapat dipastikan.

Walaupun model sedia ada bukan antara Range Rover paling laris, prestasi model itu di pasaran global masih cukup baik untuk memastikan generasi kedua diteruskan.

SUMBER: GearPatrol.com

Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Land Rover Range Rover Velar
Land Rover Range Rover Velar
Land Rover Range Rover Velar
Land Rover Range Rover Velar
Jaguar Land Rover platform elektrik Range Rover Range Rover Velar SUV SUV Elektrik wagon car
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Model konsep Porsche baru atas 911, Cayenne.
    Roda4

    Porsche Rancang Model Perdana Baharu Atas 911, Cayenne

    13/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.