PADA Mei 2023, Land Rover memperkenalkan Range Rover Sport SV Edition One dan kini pasaran ditawarkan dengan Edition Two 2025.
Setakat ini, Land Rover hanya menawarkan Range Rover Sport SV sebagai versi prestasi dan tiada varian SVR seperti generasi kedua. Sebagai makluman, model Edition One sudah habis dijual semasa pengenalan dan ini peluang kedua memiliki varian istimewa ini.
Berikut spesifikasi Range Rover Sport SV Edition Two 2025:
- Ada empat warna khas: Blue Nebula Matte (biru), Marl Grey Gloss (kelabu), Ligurian Black Gloss (hitam) dan Sunrise Copper Satin (merah).
- Dari segi pakej, Range Rover Sport SV ialah Range Rover Sport paling berkuasa dan dinamik setakat ini.
- Dijana enjin hibrid ringan (MHEV) 4.4L V8 turbo kembar dengan output kuasa 626hp dan tork 750Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 3.6 saat.
- Kelajuan maksimum 290kmj.
- Prestasi hebat model ini dibantu pengurangan berat hingga 76kg, termasuk pilihan Brek Karbon Seramik dan komponen seperti bonet gentian karbon.
- Tayar semua musim Michelin Sport All Weather mempunyai binaan, corak bunga dan kompaun unik.
- Setiap tema atau warna khas Edition Two membawa keistimewaan tersendiri seperti warna badan, kemasan gentian karbon baharu dan kerusi SV Performance dalam pelbagai warna atau pilihan tekstil dan kulit Windsor.
- Identiti khas model ini juga boleh dilihat pada spliter depan, konsol tengah, pelapik sil pintu dan lampu suluhan jalan.
Range Rover Sport SV Edition Two Blue Nebula
- Warna khas Blue Nebula dengan kemasan kusam.
- Warna diilhamkan daripada lautan Atlantik Utara dengan bayangan hijau dan efek penukaran warna.
- Komponen luar Satin Forged Carbon, bonet gentian karbon dicat.
- Rim aloi tempa 23 inci.
- Kaliper brek Blue Nebula.
- Kerusi SV Perfomance dengan balutan Light Cloud dan kulit Windsor Ebony.
Range Rover Sport SV Edition Two Marl Grey Gloss
- Warna badan Marl Grey Gloss dengan perkakasan luar Gloss Carbon Twill.
- Bonet Carbon Twill terdedah, rim Carbon Gloss 23 inci dengan kaliper Sunrise Copper.
- Dalaman Rosewood dan kulit Windsor Ebony.
Range Rover Sport SV Edition Two Sunrise Copper Satin
- Warna badan Sunrise Copper Satin dengan komponen luar Satin Carbon Twill.
- Bonet gentian karbon dicat, rim aloi tempa 23 inci warna hitam dengan kaliper merah.
- Kerusi balutan kulit Windsor Ebony.
Range Rover Sport SV Edition Two Ligurian Black Gloss
- Warna badan Ligurian Black Gloss dengan komponen luar Satin Carbon Twill.
- Bonet gentian karbon terdedah, rim Carbon Gloss 23 inci dengan kaliper Nano Yellow.
- Upholsteri balutan Knit dengan dalaman Cinder dan Ebony dan PU Ultrafabrics.
Bagi setiap varian Edition Two, pelanggan boleh memilih rim aloi 22 inci Diamond Turned dengan Satin Dark Grey, dan kaliper brek dalam pelbagai warna.
Setiap varian boleh ditempah dengan bumbung sama warna badan, Pek Gentian Karbon Satin Forged atau Pek Gentian Karbon Twill Carbon yang diperkenal pada Edition One.
Ruang dalaman pula, kemasan Gentian Karbon Satin Forged boleh dipesan untuk seragam dengan luaran kereta. Pengguna juga ditawarkan kemasan Gentian Karbon Twill dan bahagian belakang kerusi dengan karbon sama.
Setiap SV Editon Two dilengkapi kerusi dengan sistem audio Body and Soul Seats (BASS) dan pilihan Knit dan PU Ultrafabrics atau kulit Windsor.
Range Rover Sport SV Edition Two Blue Nebula
Range Rover Sport SV Edition Two
Leave a Reply