Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Raih Kedua, Ketiga Terpantas di Jerez, Suzuki Ecstar Pun Dah Mula Fokus ‘Top Speed’
Auto Terkini

Raih Kedua, Ketiga Terpantas di Jerez, Suzuki Ecstar Pun Dah Mula Fokus ‘Top Speed’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Ecstar mendakwa duo pelumba pasukan pengilang itu, Alex Rins dan Joan Mir kini 80 peratus berpuas hati dengan prototaip GSX-RR (2020) sepanjang sesi ujian dua hari di Valencia, Sepanyol baru-baru ini.

Suzuki Ecstar dikatakan tidak membangunkan enjin baharu untuk saingan musim depan. Apa dilakukan ialah rombakan terhadap enjin 2019 yang diharapkan mampu mencabar dominasi Yamaha, Ducati atau Honda tahun depan.

Suzuki kali ini menumpukan kepada dua komponen utama, iaitu enjin dan elektronik yang menurut pasukan itu, prototaip GSX-RR (2020) kini memiliki kuasa lebih besar dan halus berbanding model terdahulu.

BACA >>> Suzuki GSX-RR Milik Alex Rins Terbakar di Pit Sepang

Namun, masih banyak perkara perlu dilakukan untuk kelajuan maksimum yang dipercayai menjadi kelemahan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Pengurus Teknikal Suzuki, Ken Kawauchi berkata, keutamaan pasukan kini adalah menguji jentera spesifikasi 2020 yang mana kedua-dua pelumba memberikan respons positif. Suzuki turut menyelesaikan beberapa masalah elektronik sepanjang Rabu lalu.

BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS

Ken berkata;

Spesifikasi final enjin 2020 hanya dapat diputuskan musim sejuk ini menerusi penambahbaikan pakej baharu yang sesuai dengan regulasi teknikal MotoGP, dan memerlukan pengeluar membuat homoglasi jentera baharu sebelum bermula pusingan pertama di Losail, Qatar.

Masih terlalu awal untuk buat keputusan akhir dan berpuas hati dengan enjin ini, tapi apa yang pasti, kami kini di laluan yang betul – di Jerez kami sekali lagi fokus terhadap enjin dan mencari penyelesaian baharu untuk bahagian elektronik yang diharapkan membantu kami membuat keputusan akhir (pemilihan enjin untuk homologasi). Kemudian pakej itu boleh siap untuk ujian Sepang.”

Sementara itu Pengurus Suzuki Ecstar, Davide Brivio berkata, keputusan akhir mengenai spesifikasi jentera perlu diperoleh sebelum rehat musim sejuk supaya Rins dan Mir dapat menajamkan fokus tunggangan dan kemudian beralih ke bahagian lain.

“Rins dan Mir lebih selesa dengan pakej enjin baharu ini, tetapi kami perlukan masa untuk buat lagi, terutama bahagian elektronik dan setup. Kami turut membandingkan beberapa bahagian lain dan buat masa ini kami fokus terhadap enjin dan elektronik. Di Sepang nanti  kami mesti buat beberapa modifikasi baharu pada casis,” kata Brivio.

Pada hari kedua ujian pramusim di Jerez, Rins berada di kedudukan kedua dengan rekod masa 1:37.837, disusuli rakan pasukannya, Mir (1:37.959).

BACA >>> #MotoGP: Juara Moto3, Joan Mir Ganti Iannone untuk Suzuki Ecstar

2019 MotoGP Alex Rins Davide Brivio GSX-RR (2020) Joan Mir Ken Kawauchi MotoGP 2020 roda2 sukan permotoran Suzuki Suzuki Ecstar Ujian Pramusim 2020
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.