Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Raih 84 Peratus Pegangan Dorna Sports, Apakah Pelan Liberty Media?
MotoGP

#MotoGP2026: Raih 84 Peratus Pegangan Dorna Sports, Apakah Pelan Liberty Media?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MotoGP Sepang 2025

SYARIKAT media permotoran, Liberty Media baru-baru ini meraih 84 peratus pegangan Dorna Sports, sekali gus membuka lembaran baharu Kejuaraan Dunia MotoGP.

Walaupun operasi harian masih kekal di bawah pengurusan keluarga Ezpeleta, hala tuju strategik kejuaraan dunia itu kini berpotensi berubah dengan pengaruh pemilik baharu yang berpengalaman luas dalam industri sukan dan hiburan global.

Logo Liberty Media
Logo MotoGP

Sebagai penganjur salah satu Grand Prix paling lama di Asia sejak 1999, Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC) melihat perubahan itu sebagai peluang besar tetapi dengan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya penganjur turut mendapat manfaat jangka panjang.

Yuran Penganjuran, Kelestarian Kewangan Litar

F1 dan MotoGP

Kalendar MotoGP kini hampir menyamai Formula Satu (F1) dengan 22 pusingan untuk musim 2026. Namun, perbezaan ketara kedua-dua kejuaraan itu adalah struktur yuran penganjuran, yang mana MotoGP masih mengenakan kos jauh lebih rendah berbanding F1.

Walaupun MotoGP lebih mudah diakses banyak negara, kos menganjurkan perlumbaan tetap tinggi. Bagi SIC yang sedang berunding kontrak baharu bermula 2027, memastikan model komersial lebih mampan adalah kritikal sama ada dengan atau tanpa sokongan Kerajaan.

Bukan Sekadar Perlumbaan, Perlu Lebih Hiburan

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pertumbuhan MotoGP memerlukan usaha kolektif semua pihak termasuk penganjur, Dorna, pasukan dan pelumba. Produk perlumbaan itu sendiri sudah cukup menarik, tetapi pendekatan kepada peminat perlu dipertingkat.

Menurut beliau, pengalaman peminat di litar perlu diperkaya dengan akses lebih terbuka dan pengalaman eksklusif yang sukar dilupakan. Pada masa sama, elemen hiburan seperti konsert, aktiviti pemasaran dan tarikan sampingan mampu menarik kelompok peminat kasual yang bukan hardcore sukan permotoran.

Dekati Generasi Muda, Peminat Luar Litar

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025

Cabaran sebenar bukan sekadar menjual tiket, tetapi memastikan mereka yang tidak hadir ke litar tetap rasa terhubung dengan MotoGP. Walaupun siaran televisyen dan platform digital tersedia, pengalaman tambahan di luar litar boleh memperluas capaian jenama.

Acara pelancaran musim yang kembali dianjurkan di Kuala Lumpur menjadi contoh usaha mendekati peminat di luar hujung minggu perlumbaan. Idea baharu yang lebih segar dan interaktif diharapkan mampu menjadikan MotoGP relevan kepada generasi muda.

Inspirasi Model ‘Super Bowl’

Kejuaraan Super Bowl di Amerika

Ketika Liberty mengambil alih F1, visi jelas adalah menjadikan setiap Grand Prix (GP) sebagai acara mega ala ‘Super Bowl’, yang mana perlumbaan hanya sebahagian keseluruhan festival. Pendekatan itu berjaya meningkatkan jualan tiket dan nilai komersial penganjur.

SIC melihat konsep sama boleh diterapkan dalam MotoGP. Perlumbaan perlu berkembang menjadi platform hiburan menyeluruh, bukan sekadar aksi atas litar seperti pengalaman premium, aktiviti keluarga dan kerjasama komersial lebih kreatif.

Pelan Jangka Panjang Sepang: Hab Sukan Permotoran, Hiburan

MotoGP Malaysia di Sepang

Selain isu kontrak dan penganjuran tahunan, SIC juga merancang pembangunan jangka sederhana dan panjang untuk kawasan litar. Dengan keluasan tanah yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, peluang pelaburan sedang diteroka bagi membina ekosistem lebih menyeluruh.

Antara idea dibincangkan adalah seperti pembangunan hotel, taman tema, ruang runcit dan fasiliti komersial lain supaya Sepang menjadi destinasi gaya hidup, bukan hanya lokasi perlumbaan. Jika direalisasi, pendekatan itu bukan saja mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kalendar MotoGP, tetapi menjadikan Sepang sebagai hab sukan permotoran dan hiburan serantau.

SUMBER: Motorsport.com

CEO SIC Azhan Shafriman Hanif Dorna Sports Formula 1 Grand Prix Liberty Media Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS MotoGP motorsport
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP2026: Bezzecchi Juara COTA, Aprilia Dominasi 1-2 di Austin

    02/04/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Menang GP Jepun, Kini Pendahulu Kejuaraan F1 2026

    02/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Apa Yang Buat Aprilia Begitu Dominan di GP Brazil?

    24/03/2026
    Sukan Permotoran

    #Moto32026: Hakim Danish Raih Enam Mata Pertama Moto3 di Brazil

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.