• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Tidak Tercabar di GP British

Quartararo Tidak Tercabar di GP British

August 29, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo melebarkan penguasaan dalam ranking Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 apabila meraih kemenangan kelima musim ini di GP British di Litar Silverstone dengan mengumpul mata keseluruhan 206.

Menemani pelumba Monster Energy Yamaha itu menaiki podium ialah Alex Rins (Suzuki Ecstar), kedua dan Aleix Espargaro (Aprilia Racing), ketiga. Esparagaro bagaimanapun terpaksa berentap sengit dengan Jack Miller (Ducati) sebelum dapar meraih podium pertamanya musim ini.

Berita lain pula menimpa juara lapan kali MotoGP, Marc Marquez (Repsol Honda) terjatuh pada pusingan ke-8 bersama rookie *Jorge Martin (Ducati Pramac).

BACA >>> MotoGP Malaysia 2021 Oktober Ini Batal! Misano Jadi Ganti
BACA >>> Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria

Aksi kali ini turut menyaksikan Yamaha menurunkan Cal Crutchlow yang asalnya berlumba untuk Petronas SRT bagi menggantikan Maverick Vinales yang ditamatkan kontrak serta-merta sejak dua pusingan lalu. Bagaimanapun, pelumba British itu hanya mampu berakhir di tempat ke-17. Pasukan dari Malaysia itu pula memperkenalkan pelumba Moto2, Jake Dixon untuk debut MotoGP yang menamatkan saingan di kedudukan terakhir.

Veteran Valentino Rossi pula sekadar meraih kedudukan ke-18, walaupun separuh perlumbaan berada dalam kelompok 10 pelumba teratas.

BACA >>> Valentino Rossi Bakal Jadi Abah
BACA >>> Vinales Sah Sertai Aprilia MotoGP Musim 2022

KEPUTUSAN GP BRITISH

  1. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) 40m 20.579s
  2. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +2.663s
  3. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +4.105s
  4. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +4.254s
  5. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +8.462s
  6. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +12.189s
  7. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +13.560s
  8. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +14.044s
  9. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +16.226s
  10. Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +16.287s
  11. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +16.339s
  12. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +17.696s
  13. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +18.285s
  14. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +20.913s
  15. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +21.018s
  16. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +22.022s
  17. Cal Crutchlow GBR Monster Yamaha (YZR-M1) +23.232s
  18. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +29.758s
  19. Jake Dixon GBR Petronas Yamaha (YZR-M1) +50.845s
    Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* DNF
    Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) DNF

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, GP British, Litar Silverstone, MotoGP, MotoGP 2021, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev