Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Puspakom Buka Semula Operasi 29 April Ini, 5 Syarat Perlu Anda Ikut
Auto Terkini

Puspakom Buka Semula Operasi 29 April Ini, 5 Syarat Perlu Anda Ikut

Han OthmanBy Han Othman25/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSAT Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)
akan kembali beroperasi bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan kategori tertentu selain perkhidmatan Trak Bergerak bermula 29 April ini.

Puspakom, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan operasi akan dibuka di semua cawangan seluruh negara KECUALI Batu Caves, Pandan Mewah, Glenmarie dan Taman Daya.

Kategori kenderaan perdagangan diterima PUSPAKOM buat sementara ini membabitkan:

  • Kenderaan barangan
  • Perkhidmatan awam
  • Pelancongan

Bagaimanapun, pembukaan operasi perkhidmatan pemeriksaan lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.  Cawangan yang dibuka akan menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans, manakala cawangan Lembah Klang dan zon Selatan yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) juga akan menyediakan perkhidmatan sama.

BACA >>> Puspakom Kini Sudah Boleh Perbaharui Cukai Jalan!

SYARAT BUAT PEMERIKSAAN

Menurut Puspakom, bagi memudahkan urusan, semua pelanggan perlu mematuhi syarat seperti berikut:

  1. Buat tempahan menerusi aplikasi MyPUSPAKOM sebelum hadir pemeriksaan kenderaan.
  2. Pelanggan tidak dibenarkan datang terus atau ‘walk-in’ untuk pemeriksaan KECUALI kenderaan tamat perakuan pemeriksaan 18 Mac-28 April ini.
  3. Namun, kumpulan di atas perlu merujuk jadual disediakan menerusi https://www.puspakom.com.my/news-announcement/ bagi menetapkan tarikh pemeriksaan kenderaan.
  4. Kenderaan yang tamat tempoh perakuan pemeriksaan selepas 28 April ini, DIWAJIBKAN membuat janji temu atas talian di www.mypuspakom.com.my sebelum hadir pemeriksaan dan perlu bawa:
    • Insurance Cover Note sebagai dokumen tambahan
    • Kad pendaftaran kenderaan asal
    • Perakuan pemeriksaan terkini
  5. Pelanggan perlu mendaftar di kaunter pendaftaran cawangan dipilih SEBELUM jam  4.30 petang dan hanya seorang pemandu dibenarkan masuk ke premis pada satu-satu masa.

Puspakom turut mengingatkan pelanggan yang tidak sihat, mengalami simptom batuk, demam, dan sesak nafas atau mempunyai sejarah ke luar negara supaya menangguhkan atau menghantar wakil bagi menjalani pemeriksaan kenderaan.

Sebarang maklumat terkini boleh dicapai menerusi laman Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau layari laman web www.puspakom.com.my.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP PKP Fasa Keempat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Puspakom Bukan Operasi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.