Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusat 3S GAC Baharu Buka di Pulau Pinang, Pertingkat Pengalaman Pengguna buat Penduduk Utara
Auto Terkini

Pusat 3S GAC Baharu Buka di Pulau Pinang, Pertingkat Pengalaman Pengguna buat Penduduk Utara

Han OthmanBy Han Othman18/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) mengumumkan pembukaan rasmi Pusat 3S (Jualan, Servis, dan Alat Ganti) terbaharu untuk GAC dan AION di wilayah Utara Malaysia.

Pusat 3S itu bertujuan menyediakan perkhidmatan automotif cemerlang kepada pelanggan GAC di Utara, seiring komitmen jenama tersebut untuk menawarkan kualiti dan kemudahan terbaik.

Pusat 3S GAC baharu di bawah pengurusan WariTan Automobile Sdn Bhd itu, dibangunkan untuk memberikan pengalaman lancar kepada pelanggan yang terletak hanya lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pusat 3s itu mempamerkan model terkini GAC dan AION serta dilengkapi 10 ruang servis lengkap yang dikendalikan juruteknik bertauliah dan stok alat ganti tulen.

Pelanggan juga boleh menikmati ruang menunggu eksklusif dengan hidangan ringan dan sambungan WiFi sementara menunggu kenderaan diservis. Pusat 3S GAC Bayan Lepas turut dilengkapi pengecas kenderaan elektrik (EV) 7kW buat pemilik kenderaan AION.

Waktu Operasi Bilik Pameran dan Pusat Servis

Bilik pameran seluas 2,045 kaki persegi ini mempamerkan keseluruhan barisan model GAC dan AION serta beroperasi tujuh hari seminggu seperti berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8.30 pagi – 7 petang
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 9 pagi – 6 petang

Pusat Servis GAC dan AION seluas 5,897 kaki persegi pula beroperasi seperti berikut:

  • Isnin-Sabtu: 8:30 pagi – 5 petang
  • Tutup: Ahad dan Cuti Umum

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan TC Holdings Bhd (syarikat induk WTC Automotif), Tan Keng Meng berkata;

Kami sangat teruja meluaskan kehadiran kami di Utara Malaysia menerusi pembukaan Pusat 3S baharu ini. Matlamat kami adalah meningkatkan aksesibiliti dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, memastikan mereka ada rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk semua keperluan automotif mereka.”

Wilayah Utara Malaysia menyaksikan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan automotif berkualiti. Lokasi Pusat 3S GAC baharu itu terletak strategik untuk memenuhi pasaran yang berkembang pesat dengan fokus kepada kepuasan pelanggan dan inovasi.

Acara Pembukaan Bilik Pameran

Kepada pelanggan yang mahu merasai sendiri kenderaan GAC dan AION di Pulau Pinang, anda jemput datang ke GAC Motor & AION Bayan Lepas pada 22-23 Februari ini bermula jam 10 pagi – 5 petang sempena acara ‘Showroom Opening Weekender’.

Acara ini memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat lebih dekat teknologi terkini GAC dan AION, seperti:

  • GAC Smart Watch yang disambungkan kepada GS3 EMZOOM
  • Sistem Bantuan Parkir Automatik Fusion (FAPA)
  • Pengalaman teater dalam kereta AION Y Plus
  • Aplikasi mudah alih AION dan banyak lagi!

Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati hadiah eksklusif pandu uji, aktiviti kanak-kanak, dan hidangan ringan. Mereka yang membuat tempahan kenderaan juga boleh menikmati rebat istimewa menerusi kempen ‘Fuel Your Fortune’.

Kempen ‘Fuel Your Fortune’

Sempena pembukaan, WTCA turut menawarkan kempen ‘Fuel Your Fortune’ hingga 28 Februari ini, dengan pelbagai promosi menarik dan hadiah percuma kepada pelanggan. Pelanggan diminta mengunjungi bilik pameran baharu ini untuk menyerta sesi pandu uji dan mengalami sendiri prestasi luar biasa produk GAC!

Maklumat lanjut mengenai model GAC GS3 EMZOOM CKD dan kempen ‘Fuel Your Fortune’, boleh lawati bilik pameran GAC terdekat atau layari laman web rasmi GAC Motor Malaysia.

AION Auto Terkini GAC Pusat 3S GAC Pusat 3S GAC Bayan Lepas WariTan Automobile Sdn Bhd WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.