• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pulau Pinang Terima 108,029 Pelancong China Sepanjang 2024

Pulau Pinang Terima 108,029 Pelancong China Sepanjang 2024

December 31, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PULAU Pinang mencatatkan kedatangan 108,029 pelancong China melalui penerbangan antarabangsa dari Januari hingga November tahun ini, meningkat 222.7 peratus berbanding 33,474 pelancong pada tahun lalu.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, peningkatan ini didorong oleh 11 laluan penerbangan langsung dari bandar-bandar utama China seperti:

  • Xiamen
  • Guangzhou
  • Shenzhen
  • Hong Kong
  • Shanghai
  • Chongqing

Beliau menjelaskan jumlah pelancong mungkin lebih tinggi jika mengambil kira mereka yang transit di Kuala Lumpur atau menggunakan pengangkutan darat.

China kekal sebagai pasaran utama untuk pelancongan Pulau Pinang dan berada dalam kalangan tiga negara penyumbang pelancong terbesar ke negeri itu.

Pada November lalu, Pulau Pinang mencatatkan 61 penerbangan mingguan dari bandar-bandar China, meningkat 258.82 peratus berbanding 17 penerbangan tahun lalu.

Syarikat penerbangan Loong Ảir juga baru saja melancarkan penerbangan langsung dari Xi'an ke Pulau Pinang, menjadikan sambungan antarabangsa ke Pulau Pinang kini meliputi 20 bandar melalui 35 laluan, termasuk destinasi utama seperti Dubai, Doha, Singapura, Bangkok, dan Jakarta.

Kerajaan Negeri terus mengutamakan hubungan kukuh dengan China melalui kerjasama ekonomi, budaya, dan rangkaian pelancongan.

Hon Wai berkata, komitmen Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang destinasi utama pelancong China dengan meningkatkan lagi rangkaian penerbangan antarabangsa dan menjalin kerjasama lebih erat dengan syarikat penerbangan antarabangsa.

Peningkatan penerbangan terus ke Pulau Pinang adalah faktor penting memastikan pertumbuhan berterusan dalam industri pelancongan negeri itu, dengan Kerajaan Negeri berusaha keras memperluas sambungan penerbangan bagi memudahkan akses kepada pelancong antarabangsa.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Pelancong China, Pulau Pinang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my