
PROTON secara rasmi memperkenalkan kemas kini untuk SUV segmen-D, Proton X90 2026 dengan beberapa penambahbaikan darisegi prestasi enjin, teknologi kabin, dan ciri keselamatan bagi meningkatkan pengalaman pemanduan serta keselesaan penumpang.
Harga yang ditawarkan untuk Proton X90 2026 ini bermula daripada RM99,800 untuk varian Lite, manakala RM109,800 (Prime) dan RM115,800 (Prime X).

Model ini dibangunkan berasaskan empat teras utama iaitu:
- Turbocharged Confidence
- Room For All
- Ultimate Comfort
- Everyday Assurance
Enjin Baharu 1.5TD Turbo – 181PS, 290Nm

Antara perubahan paling ketara adalah penggunaan enjin baharu iaitu i-GT 1.5TD pengecasan turbo.
Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 133kW (181PS) dengan tork 290Nm, menjadikan X90 ini antara SUV keluarga paling berkuasa dalam segmennya.
Kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi klac berkembar 7-kelajuan (7DCT) dengan mod manual untuk pemanduan lebih responsif.
Gabungan ini turut membolehkan SUV ini mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.9L bagi setiap 100km.
Bagi memastikan kestabilan dan keselesaan pemanduan, Proton X90 turut menggunakan suspensi belakang multi-link dengan penstabil, selain dilengkapi Drive Mode Selection dan Steering Mode Selection.
Kabin Luas Dengan Konfigurasi 3-Baris Kerusi

Dari segi praktikaliti, Proton X90 direka sebagai SUV keluarga sebenar dengan konfigurasi tiga baris kerusi yang luas.
Akses ke baris ketiga juga dipermudahkan bagi membantu penumpang masuk dan keluar dengan senang.
Ruang kargo turut menawarkan kapasiti besar bergantung kepada konfigurasi kerusi, seperti:
- 257L (semua kerusi digunakan)
- 1,011L (kerusi baris ketiga dilipat rata)
- 2,050L ( kerusi baris ketiga dan kedua dilipat rata)
Selain daripada kapasiti but yang luas, SUV ini turut menyediakan 38 ruang storan lain di seluruh kabin untuk meningkatkan kepraktisan penggunaan harian.
Bagi pengguna yang aktif, Proton X90 turut dilengkapi roof rails dengan kapasiti sehingga 75kg, sesuai untuk membawa barangan seperti kotak kargo, basikal, atau barangan rekreasi.
Teknologi Kabin Lebih Moden
Proton turut meningkatkan pengalaman dalam kabin dengan pelbagai teknologi baharu.
Antara ciri utama termasuk:
- Paparan infotainmen 12.3 inci
- Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarles
- Panel meter digital 10.3 inci
- 7-port USB
- Remote engine start
- Auto rain sensing wipers
Selain itu, SUV ini turut menawarkan sistem penghawa dingin dwi-zon automatik dengan penapis udara, serta saluran penghawa dingin untuk baris kedua dan ketiga bagi memastikan semua penumpang selesa.
Kerusi Kulit Nappa Dengan Ventilasi
Dari segi keselesaan, Proton X90 menawarkan kemasan premium seperti:
- Kerusi dengan material kulit Nappa
- Kerusi hadapan dan baris kedua dilengkapi sistem ventilasi
- Kerusi pemandu larasan elektrik 6 hala dengan sokongan lumbar
- Kerusi penumpang hadapan larasan elektrik dengan fungsi “Boss Switch”
- Preheat kepala ergonomik untuk baris pertama dan kedua
Gabungan ini membantu meningkatkan keselesaan terutama untuk perjalanan jauh.
Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemandu
Bagi aspek keselamatan, Proton X90 dilengkapi pelbagai teknologi moden seperti:
- Kamera 360 darjah HD dengan paparan lutsinar 180 darjah
- Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
- 6 beg udara SRS
- Walk Away Auto Lock
- Lampu utama LED dengan DRL
- Follow Me Home Lights
- Enam sensor parkir
Spesifikasi Setiap Varian
Proton X90 2026 ditawarkan dalam tiga varian utama:
- Lite:
- Enjin i-GT 1.5TD
- Skrin infotainmen 12.3 inci
- Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
- 6 beg udara
- Roof rails
- Lampu LED dengan DRL
- Prime (menambah ciri seperti):
- Lampu automatik
- Follow Me Home Lights
- Wiper automatik
- Paparan meter digital 10.3 inci
- Kamera 360 darjah
- Sensor parkir hadapan
- Prime X (varian tertinggi yang menawarkan kemasan premium seperti):
- Kerusi kulit Nappa
- Kerusi hadapan elektrik dengan Boss Switch
- Kerusi dilengkapi sistem ventilasi
- Konfigurasi kerusi kapten baris kedua
- Digital Video Recorder (DVR)
Lima Pilihan Warna
Proton X90 2026 ditawarkan dalam lima pilihan warna badan, iaitu:
- Quartz Black (warna baharu)
- Marine Blue
- Snow White
- Armour Silver
- Jet Grey
Tawaran Menarik Semasa Pelancaran
Proton turut menyediakan beberapa manfaat tambahan termasuk 5 tahun waranti tanpa had perbatuan, 5 tahun caj buruh percuma, kadar pembiayaan serendah 1.95 peratus setahun, dan program tukar beli dengan sokongan overtrade sehingga RM3,000.
Turut disediakan manfaat Pro-Xchange sehingga RM4,000 untuk kenderaan yang tidak layak dipandu serta Pro-Shield, iaitu program insurans Proton yang dipertingkatkan.










































































