Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X70 2025 Versi Dipertingkat dengan Rupa Lebih Anggun Lancar, Harga Mula RM98,800
Roda4

Proton X70 2025 Versi Dipertingkat dengan Rupa Lebih Anggun Lancar, Harga Mula RM98,800

Han OthmanBy Han Othman29/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Berhad hari ini melancarkan Proton X70 2025 versi dipertingkat dengan menaik taraf aspek kosmetik, termasuk menambah baik ciri supaya kekal relevan di pasaran pada harga bermula RM98,800.

Antara pembaharuan dilakukan pada kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C ialah rekabentuk lampu depan, dan gril ‘Infinite Weave’ serba baharu, manakal ciri paling dinanti ramai, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto diberikan dalam bentuk sambuhgan wayarles dan berwayar.

Proton X70 2025 ditawarkan dalam empat varian seperti berikut:

  • 1.5 TGDi Premium X – RM126,800 (spesifikasi sama sepeeti Premium, tetapi mencapat tambahan bumbung panoramik).
  • 1.5 TGDi Premium – RM123,800
  • 1.5 TGDi Executive – RM110,800
  • 1.5 TGDi Standard`- RM98,800

PAKEJ MENARIK

Bagi 3,000 pembeli pertama, Proton berbesar hati menawarkan tiga manfaat sewperti berikut, tertakluk terma dan syarat:

  • Rebat tunai RM7,000
  • Sokongan tukar beli (trade-in) sehingga RM2,800 (RM2,800 untuk kereta Proton, RM2,000 untuk kereta jenama lain.
  • Program Insuran Proton Dinaik Taraf (melibatkan perlindungan kunci RM2,000, insurans banjir RM2,000, perlindungan kerusi kanak-kanak RM500, kemalangan peribadi untuk penumpang RM15,000 setiap penumpang, elaun kemalangan RM200 sehari hingga tiga hari)

Pakej standard diberikan kepada setiap pembeli pula terdiri daripada:

  • Waranti lima tahun tanpa had perbatuan.
  • Pakej data 1GB setiap bulan selama lima tahun
  • Kadar faedah pembiayaan daripada 2,4 peratus setahun.
  • Program Insurans Proton

TRENKUASA

Proton X70 2025 dijana enjin 1.5 TGDi berkuasa 174hp (130kW) @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500-4,000rpm dengan tiga mod pandu: Eco, Normal dan Sport. Juga disediakan Brek Parkir Elektrik (EPB) dan ciri brek pegun (ABH)

Talaan dilakukan pada enjin dan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual menambah baik ekonomi bahan api pada kadar 7.3 liter per 100km.

Trenkuasa baharu ini memberikan 4 peratus penjimatan berbanding X70 2022

 

LUARAN

Perubahan luaran paling ketara ialah rekabentuk lampu depan baharu lebih tirus dan gril Infinite Weave rekaan baharu berbentuk taburan berlian, sama seperti diperkenalkan pada Proton X90 dan S70.

Lampu depan baharu ini terdiri daripada 47 unit lampu LED. Ada juga ciri but kuasa bebas tangan diberikan sebagai standard.

Rekabentuk belakang nampak seperti tidak berubah, tetapi masih memberikan kesan visual yang dinamik dan stabil.

Ada lima warna pilihan ditawarkan, iaitu Snow White (putih), Ruby Red (merah), Armour Silver (perak), Jet Grey (kelabu) dan Marine Blue (biru, warna baharu).

Rekaan rim juga diperbaharui dalam dua saiz, 19 inci (untuk Premium X dan Premium, foto atas) dan 18 inci (varian selebihnya).

DALAMAN

Seperti diminta peminat, Proton akhirnya bersetuju melengkapkan unit infotainment Proton X70 2025 dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Tidak dilupakan lima port pengecas supaya peranti pintar anda kekal dicas sepanjang perjalanan.

Tidak dilupakan ciri arahan suara ‘Hi Proton’ dan aplikasi Proton Link untuk tetapan penyaman udara, menghidupkan enjin, dan penyaman udara secara kawalan jauh.

Lagi?

Model baharu ini mendapat unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci jenis apung dengan resolusi 1,920×720 piksel dan cip pemproses dual-quad core yang lebih pantas. Juga diberikan memori 4GB RAM bersama kapasiti storan 32GB.

Kabin Proton X70 2025 kini diberikan lampu ambien dengan pilihan 72 warna yang akan berkelipan mengikut rentak muzik untuk meningkatkan pengalaman visual serba mewah ketika memandu.

CIRI KESELAMATAN

Model baharu kali ini dilengkapi ciri keselamatan standard dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 seperti:

  • Enam beg udara SRS
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti dan Mula (Stop and Go)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW), Elak Keluar Lorong (LDP) dan Kawalan Pusat Lorong (LCC)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Maklumat Tanda Trafik (TSI)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Kamera 360 dengan paparan 3D
  • Walk Away, pintu dikunci  automatik apabila pemandu keluar dan beredar dari kereta.
Proton X70 2025 facelift
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) PROTON Holdings Berhad Proton X70 2025 Proton X70 Facelift Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026 Mazda CX-6e, Crossover EV Mazda Dengan Rekaan Kodo Futuristik

30/03/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

30/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.