Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X50 Sport Edition 2025 Lancar dengan 14 Ciri Kosmetik Baharu, Harga RM98.3k!
Roda4

Proton X50 Sport Edition 2025 Lancar dengan 14 Ciri Kosmetik Baharu, Harga RM98.3k!

SyafieBy Syafie17/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50 Sport Edition 2025, iaitu versi eksklusif daripada varian Premium 1.5T dengan 14 ciri kosmetik baharu untuk penampilan lebih sporty dan elegan.

Model ini dilancarkan pada harga RM98,300 selepas rebat RM7,000 (atas jalan tanpa insurans), tetapi terhad kepada 1,000 unit sahaja. Pakej ini termasuk waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had, lima tahun pakej data percuma, dan program insurans Proton.

Dengan rebat ditawarkan itu, Proton X50 Sport Edition 2025 ini memberikan nilai yang sangat menarik kepada mereka yang mahu memiliki kenderaan dengan penampilan dan prestasi sporty.

Berikut 14 ciri eksklusif (kosmetik baharu) Proton X50 Sport Edition 2025:

  • Kit badan dan skirt merah: Pada bahagian depan, belakang, dan sisi.
  • Kemasan hitam gril depan: Menambah elemen sporty pada muka depan.
  • Kemasan hitam lampu belakang: Termasuk huruf “Proton” yang dipadankan dengan warna gelap.
  • Lencana Sport Edition: Diletakkan di bahagian belakang kenderaan.
  • Pelekat liveri merah: Di bahagian sisi badan untuk penampilan yang lebih dinamik.
  • Rim hitam 18 inci: Menggunakan reka bentuk baru yang pertama kali diperkenalkan pada Geely Binyue.
  • Warna badan Quartz Black: Warna luaran eksklusif untuk Sport Edition.
  • Kit aero ‘Sport Edition’: Termasuk skirting hadapan, sisi, dan belakang.
  • Paip ekzos kembar: Menambah elemen sporty pada penampilan.
  • Pelekat badan ‘SportEdition’: Identiti unik untuk model ini.
  • Lencana ‘Sport Edition’ sil pintu: Menambah personaliti pada pintu.
  • Karpet kaki ‘Sport Edition’: Aksesori dalaman yang menggambarkan tema Sport Edition.
  • Pengecas Qi wayarles: Memudahkan pengecasan telefon tanpa wayar di dalam kabin.
  • Pelapik but belakang: Ruang kargo lebih teratur dan praktikal.

Spesifikasi Lain

  • Model asas: Varian Premium 1.5T
  • Enjin: Petrol 3-silinder 1.5L turbo berkuasa 150ps (148hp) @ 5,500rpm dan tork 226Nm @ 1,500rpm
  • Transmisi: Dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • Ciri keselamatan: 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), BA, Kawalan Traksi (TC), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), pautan klerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Waranti: Lima tahun tanpa had perbatuan
  • Pakej data percuma: Lima tahun (1GB/bulan)
  • Kos buruh percuma: Enam kali
  • Program Insurans Proton: Disediakan untuk pemilik
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton Proton X50 Sport Edition Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.