Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton X50 Akhirnya Rasmi Lancar, Harga Bermula RM79,200!
Auto Terkini

Proton X50 Akhirnya Rasmi Lancar, Harga Bermula RM79,200!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tentang kedatangan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak milik Proton sudah berlegar sejak tahun lalu bermula foto intip luaran dan kabin hingga berita tentang spesifikasi dan ciri ditawarkan.

Maklumat spesifikasi Proton X50 yang dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) ini sudah didedahkan kepada media pada September lalu dan kini hanya harga saja belum diketahui. Rasmi dilancarkan sebentar tadi akhirnya harga setiap varian X5o diumumkan seperti berikut:

1. HARGA BERMULA RM79.2k

Seperti mana kita tahu, Proton X50 didatangkan dalam empat pilihan varian, dan harga pula seperti berikut:

  • 1.5T Standard – RM79,200
  • 1.5T Executive – RM84,800
  • 1.5T Premium – RM93,200
  • 1.5L TGDi Flagship – RM103,300

* Harga adalah atas jalan tanpa insurans, sah hingga 31 Disember 2020 dan untuk Semenanjung Malaysia.

Setiap pembelian mendapat waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data Internet 1GB sebulan selama 5 tahun, lima kali caj buruh percuma (terhad 30,000 tempahan pertama hingga 31 Disember) dan kadar faedah serendah 2.2 peratus.

2. ENJIN BAHARU

Proton X50 didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu:

  • 3-silinder 1.5T (148hp @ 5,500rpm, 226Nm @ 1,500-4,000rpm) – Standard, Executive dan Premium
  • 3-silinder 1.5 TGDi (175hp @ 5,500rpm, 255Nm @ 1,500-4,000rpm) – Flagship

Semua varian X50 dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan mod manual dalam konfigurasi pacuan roda depan (FWD) sahaja, tiada versi pacuan semua roda (AWD) seperti X70.

Sebagai makluman, trenkuasa 1.5T ialah enjin baharu jenis turbo dengan suntikan multipoin (MPI), dibangunkan Geely khas untuk X50 pasaran Malaysia. Enjin ini belum pernah digunakan model Binyue (atau Coolray) di pasaran China atau negara lain.

BACA >>> CEO Perodua: SUV Baharu Sah Guna Enjin 1.0L Turbo!

3. PERBEZAAN MENGIKUT VARIAN

i) 1.5T STANDARD

Ciri asas dimiliki X50 ialah:

  • Enjin petrol 3-silinder 1.5L Turbo
  • Kuasa 150ps (148hp) dan tork 226Nm
  • Transmisi DCT 7-kelajuan
  • 4 beg udara SRS
  • Lampu depan LED penuh
  • Rim aloi 17 inci
  • Kerusi fabrik
  • Ventilator penyaman udara belakang
  • Unit infotainment dengan skrin 8 inci
  • Kamera undur
ii) 1.5T EXECUTIVE

Naik taraf daripada varian Standard dengan tambahan:

  • 6 beg udara SRS
  • Stereng kulit
  • Lampu depan automatik
  • Lampu kabus depan
  • Kerusi kulit
iii) 1.5T PREMIUM

Naik taraf daripada varian Executive dengan tambahan:

  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Rim aloi 18 inci
  • Kerusi pemandu elektrik
  • Unit infotainment dengan skrin sentuh 10.25 inci
  • Kamera 360º
iv) 1.5 TGDi FLAGSHIP

Naik taraf daripada varian Premium dengan tambahan:

  • Enjin 3-silinder turbo suntikan terus 1.5L TGDi
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0
  • Warna badan dwi-tona (bumbung dan pilar hitam)
  • Bumbung panoramik

4. CIRI LAIN

Antara ciri ditawarkan X50 pemasangan tempatan (CKD) itu ialah:

  • Enjin varian Premium dan Flagship boleh dihidupkan secara kawalan jauh
  • Rupa depan menggunakan konsep Infinity Weave untuk rekabentuk gril dan kemasan Ethernal Bow dengan aksen merah serta lencana baharu Proton
  • Ada ciri bantuan parkir automatik, kali pertama diperkenalkan untuk barisan model Proton. Cuma perlu tekan butang pada konsol gear
  • Tiada sokongan AppleCarPlay atau Android Auto, tetapi ada Mirrorlink untuk konektiviti telefon pintar
  • Bumbung suria untuk varian Flagship sahaja
  • Ada lapan pemegang cawan untuk penumpang depan dan belakang
  • Semua varian dilengkapkan lampu utama LED dan konektiviti wayarles 4G
  • Tiada ciri but elektrik seperti X70
  • Tayar Continental UC6 215/55 dengan rim 16 jejari 18 inci
  • Spidometer jenis digital dan cermin sisi boleh lipat automatik
  • Ada tiga port USB (satu di depan dan dua di belakang)
  • Menggunakan sistem operasi GKUI 19 dengan unit pemprosesan pusat (CPU) E01 Quad-Core untuk unit infotainment
  • E01 Quad-Core ialah jenis CPU yang lebih maju daripada X70 dengan menawarkan:
    • 5x prestasi perkomputeran lebih pantas
    • 33% masa but-mula (boot-up) lebih pantas
    • 55% masa pemuatan (loading) lebih pantas untuk aplikasi multimedia dan 67% untuk aplikasi navigasi

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?
BACA >>> #PanduUji: Hyundai Kona – SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

GALERI
2020 proton x50 malaysia autoterkini enjin proton x50 harga proton x50 proton suv proton x50 colour proton x50 harga proton x50 interior Proton X50 Malaysia proton x50 price proton x50 vs proton x70 suv proton x50 malaysia
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.