Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Serah Kraftangan Unik Sebagai Tanda Sokongan Sukan Asia ke-19
Auto Terkini

Proton Serah Kraftangan Unik Sebagai Tanda Sokongan Sukan Asia ke-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON menyampaikan sejumlah kraftangan budaya Malaysia kepada atlet negara yang akan menyertai Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di China bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Hadiah itu akan dibawa ke Muzium Sukan Asia di Hangzhou sebagai tanda sokongan terhadap perpaduan, semangat kesukanan dan budaya Malaysia.

Kraftangan itu merangkumi rantai pinokol manik dari Sabah, sape (Sarawak), kain sarung tenun (Pahang), kebaya nyonya (Melaka) dan labu sayong (Perak).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir ke majlis tersebut bersama beberapa individu penting dalam bidang sukan dan barisan pengurusan tertinggi Proton (senarai nama di bawah).

Semua kraftangan unik itu dikumpul menerusi inisiatif Sukan Asia Proton Nation Drive bermula di Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang dan Perak.

Setiap negeri, ahli konvoi menerima hadiah kraftangan itu daripada atlet sukan tempatan termasuk Farrell Glenn Felix Jurus (lompat tinggi), Patronella Lisong (pelari pecut), Daeloniel McDelon (peninju) dan bekas bintang hoki negara, Datuk
Mirnawan Nawawi serta legenda trek, Josephine Mary dan Samson Vallabouy.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Memandangkan Geely adalah salah satu penaja Sukan Asia ke-19, penglibatan Proton bukan saja sebahagian usaha kami menyokong atlet negara yang bertanding di temasya itu, tetapi juga kerja yang dilakukan rakan usahasama kami.

“Kontinjen Malaysia bukan saja akan bersaing hebat untuk menang, tetapi mereka juga duta negara, maka wajarlah mereka mempersembah kraftangan dari Malaysia kepada Muzium Sukan Asia di Hangzhou.

“Penglibatan Proton dalam acara sukan adalah simbolik terhadap usaha kami meningkatkan kualiti dan kecemerlangan dalam produk. Usaha atlet untuk berlatih dan mencapai prestasi puncak mencerminkan proses kami memastikan kenderaan dihantar kepada pelanggan dihargai memenuhi piawaian tertinggi.

“Syarikat berterima kasih atas peluang diberikan untuk menyumbang kepada acara sukan yang begitu penting.”

Berikut senarai tetamu dan atlet yang hadir pada majlis tersebut:

  • Datuk Mirnawan Nawawi –  Pengurus pasukan hoki lelaki
  • Datuk Chong Kim Fatt –  Ketua Kontinjen dan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia
  • Khairul Hafiz Jantan – Jaguh pecut 100m negara
  • Rachel Arnold – Pemain skuasy negara
  • Nurmaizatul Hanim Syafi – Pemain wanita hoki negara
  • Siti Zulaikha – Pemain wanita hoki negara
  • Hannah Yeoh – Menteri Belia dan Sukan
  • Dr Li Chunrong – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton
  • Roslan Abdullah – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton
  • Yusri Yusuf –  Pengarah Kanan Strategi Korporat Proton
  • Datuk Ahmad Shapawi Ismail – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)
Auto Terkini Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh Muzium Sukan Asia Proton Sukan Asia ke-19 Sukan Asia Proton Nation Drive
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    23/06/2026
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.