Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
Auto Terkini

Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Saga 2026 Serba Baharu

PROTON hari ini memperkenalkan Proton Saga 2026 Serba Baharu kepada media tempatan menerusi sesi previu eksklusif, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam evolusi jenama automotif kebanggaan Malaysia.

Sedan segman-A itu ialah kenderaan pertama dalam sejarah Proton yang dibangunkan sepenuhnya tenaga tempatan, merangkumi rekabentuk, kejuruteraan, pengesahan dan sokongan teknikal daripada rakan strategik, Geely.

Saga serba baharu itu menjadi simbol kematangan kejuruteraan Proton, yang kini semakin berdikari dalam menerajui pembangunan teknologi automotif moden.

Platform Baharu Arkitektur Modular Termaju (AMA)

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu

Dibina atas platform baharu Arkitektur Modular Termaju (AMA), Proton Saga serba baharu menawarkan asas fleksibel dan bersedia untuk masa depan yang direka untuk memenuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, prestasi dan emisi. Seni bina elektronik yang lebih pintar turut membolehkan integrasi teknologi generasi baharu seperti sistem sambungan pintar dan ciri pemanduan separa autonomi.

Dengan pemilikan penuh terhadap hak harta intelek (IPR) platform AMA, Proton kini mempunyai kelebihan strategik untuk memperluas kerjasama dalam ekosistem Kumpulan Geely, sekali gus berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab kejuruteraan serantau bagi model masa depan.

Slogan Baharu: ‘Intelligence That Thrills’

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu

Menampilkan 35 ciri baharu, Proton Saga 2026 Serba Baharu mengetengahkan keseimbangan antara gaya moden, teknologi pintar, dan pengalaman pemanduan menyeronokkan. Ini membawa aspirasi Proton untuk mempamerkan kehebatan automotif Malaysia di peringkat global.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang berkata;

Saga Serba Baharu bukan sekadar kesinambungan legasi sedan kami. Ia lambang keupayaan jurutera dan pereka tempatan yang kini berdiri setaraf pengeluar antarabangsa.”

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu

I – Impressive Performance

Proton Saga 2026 Serba Baharu dikuasakan enjin 1.5L i-GT baharu dengan transmisi automatik CVT, yang menawarkan pemanduan lancar dan efisien.

Penggunaan bahan api serendah 4.9 liter per 100km dengan kawalan pelbagai sesaran silinder (Multi Displacement Cylinder, MDC). Sistem stereng kuasa elektrik (EPS) baharu pula memberikan kawalan lebih responsif tanpa menjejaskan keselesaan.

C – Comprehensive Safety

Model ini dilengkapi sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 1 dengan sembilan fungsi keselamatan pintar seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Perlindungan tambahan hadir melalui enam beg udara dan struktur badan diperkuat Proton Reinforced Safety Structure (RESS) yang menggunakan komponen pembentukan logam suhu tinggi Hot Press Forming (HPF) untuk kekuatan terbaik dalam kelas.

O – Optimised Intelligence

Paparan dwi-skrin bersepadu saiz 16 inci menggabungkan kluster digital dan unit infotainmen, kini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto wayarles. Ciri kemudahan harian turut dipertingkat dengan lampu utama automatik, fungsi lampu susur follow-me-home, dan lampu utama boleh laras.

N – Next-Gen Style

Rekabentuk luar menyerlah dengan lampu projektor LED penuh, bar lampu belakang LED penuh, dan gril depan bermotifkan songket elemen yang menggabungkan warisan tempatan dengan gaya moden. Bahagian dalaman pula tampil premium dengan rim aloi dwi-tona 15 inci dan sentuhan material lebih berkualiti.

Model ini dihasilkan rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia dan kini bersedia mengangkat kejuruteraan negara ke peringkat global,” kata Zhang.

Pelancaran Rasmi, Kempen Nasional

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu

Menjelang pelancaran rasmi tidak lama lagi, Proton bakal melancarkan kempen promosi nasional melibatkan kolaborasi media, kandungan digital dan siaran langsung bagi memperkenalkan kisah di sebalik sedan ikonik yang kini dilahirkan semula.

Maklumat lanjut boleh layari www.proton.com atau ikuti @protoncarsofficial di semua platform media sosial untuk kemas kini terkini, promosi dan previu eksklusif.

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
PROTON Cars Proton Saga Roda4 Sedan Segmen-4
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.