Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Saga 2026 Dapat Rating 4-Bintang Asean NCAP!
Auto Terkini

Proton Saga 2026 Dapat Rating 4-Bintang Asean NCAP!

SyafieBy Syafie28/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Saga 2026 dat rating 4-bintang Asean NCAP

PROTON Saga Serba Baharu 2026 rasmi menerima penarafan 4-bintang Asean NCAP berdasarkan protokol ketat 2021 – 2025.

Walaupun berada dalam segmen sedan bajet, model generasi baharu itu mencatatkan prestasi keselamatan kompetitif menerusi kombinasi struktur badan kukuh, ciri keselamatan aktif dan perlindungan kanak-kanak yang semakin baik.

4-Bintang – Skor Keseluruhan 66.70 Mata

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

Proton Saga 2026 mencatatkan skor keseluruhan 66.70 mata, sekali gus melayakkan sedan nasional itu menerima penarafan 4-bintang Asean NCAP.

Berikut pecahan skor diperoleh Proton Saga 2026:

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 23.72/32

Struktur kabin kekal stabil dalam ujian hentaman depan dan sisi.

  • Pemandu: dada ‘marginal‘, kaki dan buku lali ‘adequate’
  • Penumpang hadapan: perlindungan baik
  • Impak sisi: dada pemandu marginal, selebihnya memuaskan

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 38.17/51

Perlindungan kanak-kanak menunjukkan prestasi kukuh:

  • Ujian kerusi bayi 18 bulan: Skor penuh (12/12)
  • Ujian kanak-kanak 3 tahun: 7.28 mata
  • Pemasangan CRS (kerusi keselamatan kanak-kanak): kebanyakan model lulus (PASS), tetapi ada beberapa gagal (FAIL) bergantung jenis kerusi
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX memudahkan pemasangan, tetapi kerusi tengah belakang masih bermasalah

Bantuan Keselamatan (SA): 13.33/20

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

Ciri keselamatan aktif semakin lengkap, tetapi bergantung varian:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) – Standard semua varian
  • Pengingat tali keledar – Standard untuk pemandu dan penumpang depan
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) City, AEB Inter-Urban, Amaran Tukar Lorong (LDW), dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW) – Opsyen, bukan standard
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) – Tiada

Keselamatan Motosikal (MS): 8.75/16

Kategori khas untuk keselamatan penunggang motosikal:

  • Pengesan Titik Buta (BSD) – Opsyen, diuji dan berfungsi mengikut piawaian
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) – Opsyen
  • AEB Motosikal – Opsyen
  • Perlindungan pejalan kaki  –Tiada

Ujian Impak: Apa Berlaku?

Hentaman Depan

Kabin kekal stabil dengan keputusan:

  • Pemandu: dada marginal
  • Penumpang depan: majoriti ‘good’

Hentaman Sisi

  • Pemandu: dada marginal
  • Bahagian tubuh lain: baik atau memuaskan

Kesimpulan mudah: stabil, tetapi perlindungan dada pemandu masih perlu ditambah baik – faktor biasa pada sedan segmen bajet.

AEB, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS): Ada, Tapi Opsyen

Proton Saga 2026 menyokong kedua-dua sistem:

  • AEB City (kereta berhenti depan)
  • AEB Inter-Urban (kereta bergerak depan)

Asean NCAP mengesahkan kedua-dua ciri berfungsi mengikut piawaian. Namun disebabkan berstatus opsyen, markah keselamatan tidak setinggi model dengan ADAS standard

Perlindungan Kanak-Kanak: Lebih Baik dari Generasi Terdahulu

COP adalah aspek paling kuat Proton Saga 2026:

  • Ujian dinamik menunjukkan skor tinggi
  • Banyak CRS mendapat PASS tanpa isu
  • Pemasangan ISOFIX mudah
  • Satu kekurangan: Ada jenis kerusi kanak-kanak tertentu FAIL di kerusi tengah belakang

Dalam segmen sedan bajet, prestasi COP Proton Saga 2026 adalah antara terbaik.

Keselamatan Penunggang Motosikal

Proton menambah teknologi berkaitan penunggang motosikal seperti:

  • BSD (opsyen) berfungsi tepat ketika diuji
  • AEB Motosikal juga memberikan markah bonus, tetapi disebabkan ciri itu tidak standard, skor kategori MS tidak maksimum

Apa Standard Semua Varian?

  • 2 beg udara
  • ABS
  • ESC
  • Pengingat tali keledar (depan)
  • Struktur RESS dan HPF
  • Aputan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Integriti kabin kukuh

Apa yang Opsyen?

  • AEB City
  • AEB Inter-Urban
  • BSD
  • AHB
  • LDW
  • FCW
  • Bag udara tirai

Apa Tiada?

  • Perlindungan pejalan kaki
  • LKA
  • Pengingat tali keledar untuk penumpang belakang

Selamat dalam Segmen, Lebih Canggih Berbanding Model Lama

Result Asean NCAP Proton Saga 2026
Logo Asean NCAP

Proton Saga 2026 Serba Baharu membuktikan peningkatan besar dalam keselamatan, terutama pada perlindungan kanak-kanak dan kestabilan struktur. Dengan ciri ADAS dan AEB tersedia sebagai pilihan, Saga kini menawarkan ciri keselamatan moden yang sebelum ini hanya wujud pada model premium.

Namun, kekangan utama adalah banyak ciri keselamatan kelas tinggi tidak diberikan sebagai standard, menyebabkan terlepas peluang mendapat rating 5-bintang.

Bagaimanapun, pada harga bermula serendah RM38,990, Proton Saga 2026 membuktikan kenderaan mampu milik juga boleh dilengkapi teknologi keselamatan era baharu.

Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP
Proton Saga 2026 dapat rating 4-bintang Asean NCAP

SUMBER: AseanNCAP.org

ASEAN NCAP Asean NCAP 2025 Auto Terkini Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) Proton Saga 2026 Proton Saga 2026 4-Bintang Asean NCAP Proton Saga Asean NCAP Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.