SEHINGGA hari ini, Proton Saga 2016 menerima 4,000 tempahan di mana varian Executive menjadi pilihan ramai.
Daripada jumlah berkenaan, 500 unit Proton Saga 2016 sudah diterima oleh pelanggan manakala selebihnya akan dihantar secara berperingkat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Rohime Shafie memaklumkan Proton Saga 2016 menerima sambutan menggalakkan.
" Kurang daripada dua minggu, kami sudah menerima 4,000 unit tempahan dan kami jangkakan tempoh menunggu adalah sekitar empat minggu," katanya.
3 VARIAN
Proton Saga 2016 yang dilancarkan 28 September lalu didatangkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium. Ia dijual pada harga bermula RM37,800 hingga RM48,000.
Hadir dengan enjin 1.3L VVT, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 93hp pada 5,750rpm dan tork puncak 120Nm (4,000rpm).
Syabas Proton!
Hamizan says
Good to hear that Proton wakes up. It is a real need to 30000 employees in Supply chain.