Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi
Roda4

Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi

Han OthmanBy Han Othman28/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON hari ini mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Proton X90 kepada kumpulan media tempatan bertempat di studio rekabentuk pengeluar itu di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, hari ini.

Selain menjadi SUV ketiga dalam siri-X, Proton X90 juga ialah SUV 6- dan 7-kerusi pertama, serta Kenderaan Tenaga Baru (NEV) pertama Proton yang menandakan pembabitan pengeluar nasional itu dalam mobiliti hijau.

Dipasang di Kilang Proton Tanjung Malim bersama Proton X50 dan Proton X70, Proton X90 juga menjadi
bukti komitmen pengeluar tersebut dalam menyokong industri automotif tempatan menerusi pengenalan teknologi baharu
kepada ekosistem.

RINGKASAN PROTON X90

  • Ditawarkan dalam empat varian: Standard, Executive, Premium, dan Flagship.
  • SUV pertama Proton dijana enjin hibrid ringan (MHEV) untuk semua varian!
  • Ditawarkan dalam pilihan 6-kerusi dengan konfigurasi 2-2-2 (kerusi individu di tempat duduk baris kedua) dan 7-kerusi (2-3-2).
  •  Menampilkan siluet maskular bagi menonjolkan evolusi baharu ke arah identiti reka bentuk premium.
  • Busur Ethereal Bow direka semula yang mengalir antara lampu depan bagi menyerlahkan aura premium baharu untuk penampilan yang kuat dan harmoni.
  • Rekaan gril juga menakjubkan dengan bentuk berlian yang mengambil ilham corak songket untuk gambar gerakan infiniti, dan menerusi paten berulang unik dalam sulaman ‘Weave’ infiniti.
  • DNA rekabentuk evolusi ini mengambil ilham kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.
  • Trenkuasa ditawarkan menerima penghargaan di pasaran seperti China dan Filipina.

CIRI KESELAMATAN PROTON X90

Aspek keselamatan diletakkan pada senarai teratas untuk SUV premium dengan ciri baharu seperti:

  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) – Mengesan kenderaan yang mendekati ketika mengundur
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW) – Memberi amaran kepada pemandu tentang risiko perlanggaran dari belakang
  • Maklumat Tanda Jalan (TSI) – Mengesan dan memaparkan papan tanda jalan raya. Proton X90 menjadi kenderaan pertama jenama itu yang dilengkapi ciri ini.

CIRI PROTON X90

  • Dilengkapi unit infotainmen LCD 10 inci dengan antaramuka digital mudah baca dan intuitif.
  • Unit infotainment untuk varian Flagship menampilkan skrin 12.3 inci dengan pemproses EO2. Ini juga unit infotainmen terbesar dan tercanggih yang ada dalam model Proton.

TRENKUASA HIBRID RINGAN (MHEV)

Proton X90 menggabungkan teknologi hibrid ringan (MHE)canggih dengan prestasi mengagumkan untuk pengalaman pemanduan lancar dan dinamik.

Dijana trenkuasa sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V inovatif menyepadukan enam komponen teras seperti motor Generator Penghidup-Sawat (Belt-Starter Generator, BSG) 48V, Konverter DC-DC, bateri litium-ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri (BMS), Sistem Brek Regeneratif, dan Sistem Kawalan Modul Hibrid (HMCS).

Selain meningkatkan kecekapan bahan api, enjin MHEV ini turut mengurangkan emisi untuk pemanduan lebih hijau yang mesra alam.

Enjin 1.5L TGDi memberikan ouput kuasa dan tork memuaskan, iaitu 188hp dan tork 300Nm, manakala sistem EMS memberikan lonjakan prestasi 11hp dan tork 45Nm untuk prestasi memberangsangkan bersama sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Prebiu Proton X90 akan bermula pada 8 April nanti di enam bandar utama seluruh negara.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton X90 Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.