SEHINGGA 31 Disember 2016, Proton Persona 2016 sudah menerima 23,000 unit tempahan.
Daripada jumlah berkenaan, 10,500 unit sudah dihantar kepada pelanggan di mana varian premium menjadi antara terlaris dalam barisan ahli keluarga Persona.
Mula diperkenalkan secara rasmi pada 23 Ogos 2016, Proton Persona dibangunkan berdasarkan platform Iriz. Ia dipadankan dengan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan pada Iriz.
Bagaimanapun, beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.
BACA >>> Video Safety360 Siri Ke-2: Inilah Sebab Kenapa Proton Persona 2016 Ringan & Kuat
3 VARIAN
Hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, Proton Persona 2016 dijual pada harga bermula RM46,800 hingga RM59,800.
Dari aspek keselamatan, Proton Persona 2016 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP.
Untuk ketahui sama ada Proton Persona 2016 berbaloi atau tidak untuk dimiliki, baca ulasan pandu uji di SINI.
Leave a Reply