Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Pasti Raih Manfaat Kerjasama Geely – Pengedar Proton
Auto Terkini

Proton Pasti Raih Manfaat Kerjasama Geely – Pengedar Proton

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANUSIA ketika bercakap memang hebat. Semua benda tidak kena walaupun belum tahu hujung pangkal, perincian dan lihat dengan mata sendiri. Kemudian galak mengkritik semacam tahu semua perkara. Bukan susah pun, hanya bermodalkan air liur atau papan kekunci, semua orang boleh melontarkan pendapat.

Apa yang berbeza, adakah seseorang itu mengkritik atas dasar mahu menambah baik atau sekadar lalang mengikut arus masa? Contoh ketara dalam dunia automotif ialah kisah Proton dan Geely yang dilemparkan pelbagai kritikan negatif.

BACA >>> #Spyshot: Panel Meter Proton Boyue Mirip Volvo S60?

Malah, ada kalangan pengedar Proton juga tidak yakin dengan usahasama antara dua konglomerat tersebut. Justeru, Proton mengambil inisiatif khas dengan membawa sebahagian wakil pengedar mengunjungi Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China dalam usaha membuka minda tentang masa depan Proton.

PANDANGAN WAKIL PENGEDAR PROTON

Munauwir Mohd Khir (Edaran Saga Sdn Bhd) berkata, selepas melawat GRI, dia dapat menyaksikan betapa Geely mengambil kira setiap perincian daripada perancangan hingga pelaksanaan, dan setiap penelitian dikaji untuk memastikan proses berjalan lancar.

“Setiap perkara dilakukan secara terkawal dan proses nya begitu teratur dari satu-satu ujian hingga produk akhir. Saya juga perhatikan Geely mematuhi peraturan ketat dan ini sangat baik,” katanya.

Mohd Nazrin Mohamad Fozi (Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd) pula berpendapat, lawatan khas ke China itu berjaya menonjolkan keupayaan teknologi Geely dan masa depan industri automotif.

BACA >>> Jawapan Proton: Benarkah Pengedar Bumiputera Diabaikan?

“Saya boleh bayangkan sekiranya teknologi seperti ciri keselamatan canggih dan terkini digunakan pada kenderaan Proton, kita pasti boleh jadi peneraju utama kereta di Malaysia dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Hazree Hashim (Vitalic Sdn Bhd) pula mengakui selepas lawatan, dia mula dapat memahami lebih jelas perkembangan Geely dan bagaimana Proton akan meraih manfaat daripada perkongsian dalam jangka panjang.

Logo Baharu Proton

“Dari budaya kerja ke kilang, ada sistem dan aliran yang betul untuk melakukan sesuatu. Pengeluaran terkawal dan semua nampak teratur. Saya gembira dan bangga kerana berpeluang menjadi sebahagian kumpulan lawatan ke GRI,” katanya.


BOYUE BAKAL TENTU NASIB PROTON?

Bak kata pepatah, ayam sedang bersabung, manakan tahu menang dan kalah. Jadi biarlah Proton merencana hala tuju syarikat itu dan kita pula lihatlah detik pelancaran ‘Boyue’ kelak untuk menilai sejauh manakah prestasi pengeluar nasional tersebut.

Jika boleh biarlah kita mendengar daripada sumber sebenar ibarat peribahasa, ‘bukan air muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya’. Janganlah kita jadi netizen seperti Jason misalnya, yang tahu mengkritik hingga tiada molek langsung tentang Proton.

Auto Terkini Geely Geely Automobile Holdings Ltd Institut Penyelidikan Geely (GRI) Proton PROTON Holdings Berhad
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.