• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Luaskan Kilang Tanjung Malim, Bakal Jadi Pusat R&D dan Hab Pemasangan RHD

Proton Luaskan Kilang Tanjung Malim, Bakal Jadi Pusat R&D dan Hab Pemasangan RHD

October 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON bakal melabur RM1.2 bilion dalam usaha meluaskan kilang dan meningkatkan pengeluaran model X70 di fasiliti Tanjung Malim, termasuk barisan model baharu pengeluar nasional itu dengan rakan strategik baharu, Geely.

Kilang di Tanjung Malim juga akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan hab pemasangan model pemanduan sebelah kanan (RHD) di bawah Geely Group. Ini seiring perancangan penutupan kilang Proton di Shah Alam, Selangor dalam tempoh lima tahun.

BACA >>> Proton Jalin MoU dengan Kumpulan Pertama Vendor Luar Negara dan Tempatan

Peluasan kilang Tanjung Malim itu turut melibatkan ruangan 'body in white' (BIW), sub pemasangan, enjin, kemasan dan fasiliti logistik. Dijangka siap pada suku pertama 2019, kilang berkenaan dijadualkan beroperasi bermula September 2019 dengan kapasiti pengeluaran hingga 150,000 unit setahun.

Kilang itu bakal mengeluarkan model pertama, X70 bermula tahun depan, seiring perancangan jangka panjang Proton yang mahu membangunkan semula jenama itu sebagai peneraju pasaran tempatan, termasuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa, terutama pemanduan sebelah kanan di Asean.

BACA >>> Pendedahan Kedua: ADAS - Lengkapkan Proton X70 dengan Ciri Keselamatan Termaju

 

Artikel Berkaitan

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, kilang proton, memorandum persefahaman (MoU), Mou, MoU Proton-Vendor, Proton, PROTON Holdings Berhad, SUV, Vendor Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bilik Pameran Ducati KL Kini Dibuka, Lancar Panigale V4 R dan Monster SP
    Bilik Pameran Ducati KL Kini Dibuka, Lancar Panigale V4 R dan Monster SP
  • Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
    Toyota Corolla Nightshade Edition (2024) Tampil Bergaya dengan Aksen Hitam, Rim Gangsa
  • 10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
    10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
  • Marquez Tayang Makwe Baharu, Pempengaruh dan Model dari Sepanyol
    Marquez Tayang Makwe Baharu, Pempengaruh dan Model dari Sepanyol

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my