Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Lantik Ainol Azmil Pemangku Timbalan CEO Baharu, Mula 10 Jun Ini
Auto Terkini

Proton Lantik Ainol Azmil Pemangku Timbalan CEO Baharu, Mula 10 Jun Ini

Han OthmanBy Han Othman30/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil
PROTON
hari ini mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCEO), berkuat kuasa 10 Jun 2025. Beliau akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong.

Pelantikan itu dibuat berikutan pemergian Roslan Abdullah, yang berkhidmat sebagai DCEO selama lima tahun bersama Proton. Dalam tempoh tersebut, beliau memainkan peranan penting dalam memantapkan jenama Proton di pasaran tempatan dan memacu kemasukan syarikat ke pasaran kenderaan elektrik (EV) menerusi pelancaran Proton e.MAS 7.

Ainol Azmil Kekal Terajui Strategi Korporat, Perolehan Teknikal

Walaupun dilantik ke jawatan baharu itu, Ainol Azmil akan kekal mengetuai portfolio sedia ada dalam bidang Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan. Pelantikan beliau dilihat sebagai langkah kesinambungan dalam mengekalkan hala tuju strategik Proton, khususnya dalam usaha memperkukuh kedudukan syarikat dalam era mobiliti elektrik dan transformasi digital.

“Keyakinan Penuh Terhadap Kepimpinan Baharu” – Dr Li Chunrong

CEO Proton, Dr Li Chunrong, dalam kenyataan rasmi berkata;

“Proton mengalu-alukan pelantikan Ainol Azmil sebagai DCEO. Kami yakin dengan kebolehan dan pengalaman beliau untuk memegang jawatan ini buat sementara waktu. Pada masa sama, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Roslan Abdullah atas sumbangan dan mendoakan kejayaan dalam kerjaya beliau yang seterusnya.”

Pelantikan itu hadir ketika Proton sedang giat memperluas barisan produk EV dan memperkukuh kerjasama strategik dalam dan luar negara, termasuk segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), hibrid, dan kenderaan pintar.

Ainol Azmil Auto Terkini Dr. Li Chunrong Proton Roslan Abdullah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Auto Terkini

JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.