Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Lanjutkan Kerjasama Petronas Sebagai Pembekal Bendalir Utama
Auto Terkini

Proton Lanjutkan Kerjasama Petronas Sebagai Pembekal Bendalir Utama

Han OthmanBy Han Othman09/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON hari ini melanjutkan kerjasama dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), subsidiari PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan PETRONAS Lubricants International (PLI) selama sepuluh tahun untuk membangunkan, membekalkan dan  menghantar produk pelincir dan bendalir fungsi, berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Perjanjian Kolaborasi dan Komersial, Teknologi, dan Bekalan Global (STCCA) ditandatangani Ketua Perniagaan Serantau APAC PLI, Ruslan Islahudin, dengan disaksikan Ketua Serantau untuk OEM APAC, Andrew Wong, bersama Ketua Pegawai Perolehan PROTON, Lim Meng Jin, disaksikan Pengarah Kanan Strategi Korporat, Yusri Yusof.

Perjanjian Kolaborasi Komersial dan Bekalan Tempatan (LSCCA) pula ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PLMM untuk PETRONAS, Hardeep Singh, dan disaksikan Pengurus Besar Jualan B2C, Gan Kher Yang, manakala Proton diwakili Pengarah Kanan Perolehan, Hamizan Osman, dan saksi kekal sama.

Sesi menandatangani perjanjian disaksikan Pengara Urusan dan CEO PDB, juga Pengerusi PLMM dan PLI,  Datuk Seri Syed Zainal Abidin, dan CEO PLI, Giuseppe D’Arrigo. Proton diwakili CEO Dr Li Chunrong dan Timbalan CEO, Datuk Radzaif Mohamed.

BACA >>> Petronas Lancar Primax 95 dengan Pro-Drive yang Lebih Lancar, Responsif dan Jimat!

“Proton dan PETRONAS sudah bekerjasama sejak dulu lagi, jadi tidak hairan jika kami mahu melanjutkan tempoh perjanjian kerjasama ini. Proton bakal menghasilkan pelbagai model baharu menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka lebih mendalam tentang bendalir teknikal dihasilkan bersama PETRONAS yang akan memberikan manfaat kepada pelanggan kami,” kata Dr Li.

JUALAN PROTON MENINGKAT

pandu uji proton x70

Pada 2019, PROTON mencapai peningkatan jualan yang didorong jualan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu jenama itu, X70. Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, pengeluar nasional itu mencatatkan jumlah jualan tertinggi berbanding model SUV lain di Malaysia dengan tempahan lebih 25,000 unit setakat ini.

Walaupun baru diperkenalkan, X70 terbukti mampu menjadi model popular dengan teknologi canggih ditawarkan yang didatangkan bersama rekabentuk kontemporari dan menarik serta berkualiti. Proton turut melabur dalam membangunkan rangkaian Pusat 3S dan 4S dalam usaha menyediakan perkhidmatan premium kepada pelanggan.

“PETRONAS menjadi pembekal bendalir rasmi Proton sejak 1989. Kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian ini kerana ini bukti jelas kepercayaan dan keyakinan Proton terhadap produk dan perkhidmatan kami,” kata Syed Zainal.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

KERJASAMA LANJUTAN

Logo Petronas

Perkongsian ini bakal menyaksikan PLI dan PLMM akan terus membekalkan pelbagai produk berkualiti untuk memenuhi keperluan kilang PROTON dan perkhidmatan selepas jualan, dengan menjadikan rangkaian PETRONAS Syntium SE sebagai produk utama.

Pelincir dan bendalir fungsi PETRONAS dibangunkan berasaskan pendekatan bersepadu PETRONAS Fluid Technology SolutionsTM, yang menjadi teras kejuruteraan jenama konglomerat itu. Ia dicapai menerusi manfaat kajian dan penyelidikan (R&D) yang dilakukan seluruh dunia, terdiri daripada Pusat Teknologi dan Penyelidikan Global di Villastellone Turin, Itali dan Pusat Teknologi dan Penyelidikan Satelit di Contagem, Minas Gerais, Brazil.

BACA >>> PETRONAS Lancar Bengkel Motosikal Bergerak Pertama Di Malaysia

GALERI
Auto Terkini Bendalir kerjasama pelincir Petronas Petronas Syntium SE Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.