Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Kekal Juara Kategori Sedan dalam Pasaran Malaysia
Auto Terkini

Proton Kekal Juara Kategori Sedan dalam Pasaran Malaysia

SyafieBy Syafie22/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON kekal sebagai jenama terlaris bagi jualan sedan dalam pasaran Malaysia walaupun menerima saingan jenama lain.

Setakat ini, 3.85 juta unit sedan Proton dijual dalam negara, termasuk dieksport ke luar negara dan ada digunakan sebagai kereta peronda polis di Humberside County, Britain.

Berikut model sedan dikeluarkan Proton:

  • Proton Saga
  • Proton Wira
  • Proton Waja
  • Proton Persona
  • Proton Preve
  • Proton S70

Proton S70 yang dilancarkan November tahun lalu kini menjadi pilihan utama dalam kategori sedan segmen-C dalam jangka masa singkat dengan jumlah jualan tahun ke tahun mencecah 14,877 unit setakat September 2024.

Malah, jualan keseluruhan model ini juga mengatasi pesaing lain dalam kategori sama dengan purata 1,640 unit terjual setiap bulan sejak Januari tahun ini.

Antara tiga negeri mencatatkan jualan tertinggi, iaitu Selangor, Johor, dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, Proton Saga menjasi penyumbang terbesar dalam jumlah keseluruhan jualan sedan Proton dengan jualan lebih 2 juta unit sejak dilancarkan pada 9 Julai 1985 hingga September lalu.

Seiring perubahan zaman, semua model turut memperkenalkan peningkatan keselamatan yang relevan, seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), beg udara, tali keledar prategang, dan casis  badan daripada teknik ‘hot-press form’.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Di Proton, kami sangat berbangga dengan hubungan erat dengan keluarga Malaysia, yang bermula sejak 1980-an.

“Sedan kami, dari Saga yang ikonik hingga S70 yang inovatif, bukan saja berfungsi sebagai kereta pertama boleh diharap, tetapi juga menjadi warisan keluarga yang dihargai, dan mencipta kenangan abadi merentasi generasi.

“Dengan lebih 3.85 juta unit dijual, kami terus komited memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, serta memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang.”

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Kereta Sedan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) Proton Proton S70 Proton Saga
Syafie

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?

By Syafie18/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.