Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Jual Lebih 11k Kenderaan Sepanjang April 2024, X50 Kembali Popular
Auto Terkini

Proton Jual Lebih 11k Kenderaan Sepanjang April 2024, X50 Kembali Popular

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mencatat jualan sebanyak 11,025 unit kenderaan (termasuk eksport) sepanjang April 2024 iaitu kenaikan 17.1 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun sebelumnya (9,415 unit).

Malah jualan terkumpul empat bulan tahun ini sudah mencapai 50,175 unit memintas pencapaian jualan Januari-April 2023 (49,702 unit).

EKSPORT POSITIF

  • Statistik eksport menunjukkan kenaikan 38.5 peratus iaitu 835 unit untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini. Jumlah eksport tempoh sama tahun lalu cuma 603 unit.
  • Model eksport paling tinggi ialah Saga (427 unit) diikuti Proton X50 (176 unit) dan Proton S70 (89 unit).

PENCAPAIAN PROTON SEPANJANG APRIL 2024

  • Proton X50 kembali menguasai kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B dengan merekodkan jualan 1,642 unit pada sepanjang April lalu.
  • Proton S70 mengekalkan kedudukan nombor satu dalam sedan segmen C untuk tempoh empat bulan berturut-turut. Jumlah jualan adalah sebanyak 1,635 unit pada April lalu dan jualan terkumpul mencecah 7,463 unit.
  • Model paling laris masih Proton Saga dengan 5,031 unit dijual sepanjang April lalu. Jualan terkumpul tahun ini ialah 23,278 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata:

Penurunan jualan automotif pada bulan April, di mana TIV menyusut sebanyak 16.8 peratus berbanding Mac 2024, mungkin disebabkan oleh tempoh cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana OEM, pengedar, dan pengusaha dalam ekosistem automotif tempatan lain tidak beroperasi sempena cuti.

“Bagaimanapun, permintaan berterusan untuk model Proton diperkukuh lagi oleh usaha berterusan dalam penambahbaikan kualiti dengan skor Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) yang lebih baik sejak 2019, menanamkan keyakinan yang lebih tinggi dalam kalangan pemandu.

“Jualan eksport kekal sebagai tonggak penting kepada matlamat jangka panjang Proton dan dengan S70 meningkatkan jualannya dalam pasaran domestik serta eksport. Kami yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan eksport yang mampan tahun ini dan meningkatkan sumbangan jualan eksport kepada jumlah jualan tahunan kami.

“Tahun ini, kami menambah Trinidad dan Tobago ke dalam portfolio eksport kami dan mengukuhkan semula kedudukan kami di Bangladesh.

“Proton yakin pasaran akan melonjak kerana masih terdapat banyak permintaan daripada pembeli kereta. Ini adalah penting bagi kami untuk terus melakukan yang terbaik, memastikan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dijalankan.”

autoterkini Proton proton jualan april 2024 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.