PROTON mengukuhkah kedudukan dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatat jualan 12,692 unit kenderaan sepanjang April 2025 merangkumi jualan domestik, eksport dan model lain daripada smart dan Proton e.MAS 7.
Jualan April 2025 mencatatkan peningkatan 14.7 peratus berbanding bulan sama tahun lalu dengan tumpuan kepada model elektrik penuh, Proton e.MAS 7.
Proton e.MAS 7 Peneraju Pasaran EV Malaysia
Menurut Proton, e.MAS 7 mendahului jualan EV keseluruhan sejak pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik itu pada 16 Disember 2024.
Jualan Proton e.MAS 7 untuk April 2025 merekodkan 863 unit (domestik dan eksport) dengan jualan terkumpul 2,716 unit dan menjadi EV terlaris di Malaysia. Bagaimanapun, Proton e.MAS 7 kini berada di tempat kedua untuk jualan EV keseluruhan.
Prestasi Model ICE (Enjin Pembakaran Dalaman)
Beberapa model enjin petrol Proton turut menunjukkan prestasi memberangsangkan:
- Proton Saga: Model Proton paling laris sepanjang April 2025 dengan 5,213 unit terjual dan jualan keseluruhan hampir 21,000 unit!
- Proton X50: Mendahului semula pasaran SUV segmen-B dengan jualan 2,389 unit dan jumlah terkumpul 7,506 unit.
- Proton X90: Merekodkan jualan 194 unit sepanjang April 2025 dan jualan terkumpul 873 unit.
- Proton S70: Memcatatkan jualan 1,716 unit, dan jumlah terkumpul 6,181 unit.
- Proton X70: Jualan 682 unit, jualan terkumpul 2,839 unit.
- Proton Persona: Mencatat jualan 1,328 unit sepanjang April 2025.
- Proton Iriz: Masih laris dengan jualan 290 unit.
Proton Fokus Pengukuhan dan Pertumbuhan EV
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, jualan automotif di Malaysia kekal kukuh, walaupun TIV (jumlah jualan industri) 2025 ketinggalan berbanding rekod tahun terdahulu.
Defisit pada masa ini berada pada 5 peratus, pencapaian yang baik selepas dua tempoh perayaan besar dalam empat bulan pertama tahun ini.
"Dengan banyak model baharu dijangka diperkenalkan dalam tempoh lapan bulan akan datang, jumlah pembelian dijangka meningkat kerana ada banyak pilihan baharu.
"Bagi Prroton, empat bulan pertama 2025 adalah mengenai pengukuhan jualan kami demi membina asas bagi melancarkan serangan kami pada bahagian akhir tahun ini. Pelan tersebut disokong prestasi teguh kami dalam pasaran EV kerana penerimaan awam terhadap e.MAS 7 sangat cemerlang.
"Dengan perancangan untuk pelancaran baharu model ICE dan EV juga, kami yakin bakal meraih kejayaan tahun ini."
Leave a Reply