Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!
Roda4

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau jenama, jika dipandu cara berhemat pasti dapat jimat minyak. Ciri dan teknologi elektronik cuma sebagai sokongan untuk dapatkan ekstra perbatuan.

Jika kaki sepanjang masa asyik menekan pedal dan penyaman udara pula disetkan paling sejuk, sudah tentu semakin parah minyak dihirup. Saya tidak mahu terlalu klinikal tentang fizikal badan atau muatan berlebihan. Ini kerana rakan media bertubuh gempal pun sudah membuktikan saiz badan bukan penghalang asalkan anda tidak membawa anak gajah atau seladang bersama.

BACA >>> Proton 1 Tank Adventure [SIRI 1]: Minyak Dah Berkelip, Masih Boleh Pandu Saga ~200km!

Malah, pemandu Proton Iriz dalam cabaran ini bukan saja diumumkan pemenang kategori, tetapi turut mencatatkan angka penjimatan bahan api paling jimat keseluruhan! Kesimpulannya, kalau kena cara memandu, memang jimat.

Artikel kali ini saya akan berkongsi tentang keputusan rekod perbandingan antara pemanduan santai pusingan pertama dan pemanduan ekstrem pusingan akhir (artikel ini).

Saya ulangi lagi, kita perlu faham agenda ‘Proton 1-Tank Adventure’ adalah peserta perlu tiba ke destinasi terakhir dengan hanya berbekalkan isian penuh satu tangki petrol.  Jadi, apa yang perlu dilakukan, setiap peserta perlu merancang strategi supaya setiap liter minyak mampu dibakar sebaiknya untuk meneruskan perjalanan selama dua hari!

Pada pusingan akhir kami nekad menggunakan strategi ekstrem gara-gara mahu menang wang tunai RM3,000 gaisss! Jadi cara yang kami buat ini mungkin tidak sesuai untuk pemanduan harian. Mungkin boleh di lebuh raya. Tapi, pesanan khidmat masyarakat kami, jangan sesekali ambil risiko.

DARI KELANTAN KE JB

Pusingan akhir musim kedua ini menghimpunkan semua juara setiap kategori. Kami berhimpun di Kota Bharu, Kelantan sebagai lokasi permulaan. Kali ini pertandingan lebih sengit kerana bersaing dengan pemenang negeri dan tentunya saya bersama pasangan tidak boleh memandu santai seperti mana pusingan pertama.

Jadi apa yang kami buat, isi angin tayar lebih dan cuba ‘berlembut’ dengan pedal minyak. Tentunya perjalanan dua hari ke Johor Baharu itu tidak mudah. Silap gaya boleh keras betis, badan mula lenguh dan kesabaran akan diuji.

Hari pertama, misi kami adalah menjimatkan petrol semaksimum mungkin supaya ada lebihan bekalan minyak pada hari kedua. Kami tidak mahu melakukan kesilapan sama seperti pusingan pertama dulu. Angin tayar diisi 28PSI, sedikit keras dan cermin pula diturunkan separuh sebelum memulakan perjalanan.

Hentian pertama – Pantai Rhu, Terengganu. Setiap peserta perlu menyelesaikan misi ditetapkan penganjur. Seperti pusingan pertama, setiap kereta perlu tiba di lokasi pemeriksaan dalam tempoh masa ditetapkan. Jadi kami perlu bijak menetapkan kelajuan supaya penyertaan kekal layak terbatal dan pada masa sama petrol tidak kering tengah jalan.

BACA >>> #PanduUji: Lenjan Proton Saga (2019) Premium AT dari Subang ke Ipoh, Apa Cerita?

Setiap percaturan diambil perlu ambil kira kesannya. Dengan tayar sedikit keras dan kelajuan 60-80kmj serta penyaman udara dimatikan, itu bukan penentu kami mudah menjimatkan minyak untuk perjalanan sejauh 710km.

Perubahan tekanan tayar akan memberi kesan langsung ke atas olengan badan kereta, sekali gus menjejaskan kualiti pengendalian. Keselesaan memandu pun sedikit berkurangan kerana pemanduan rasa melantun dan melambung. Jadi perlu lebih berhati-hati.

Tetapi kami tidaklah risau sangat kerana kelajuan agak terkawal kerana tingkap diturunkan. Kalau laju, telinga akan rasa bingit. Jadi mahu tidak mahu kenalah pandu perlahan. Kabin pula rasa panas dan berkuap, tetapi sekurang-kurangnya angin pesisiran pantai membantu menyejukkan badan kami walaupun ketiak mula basah.

Dari Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan, Pahang menggunakan lebuh raya. Tidak banyak masalah memandu di lebuh raya kerana kami cuma perlu mengawal pedal dan kurangkan kerap menekan brek. Satu-satunya cara yang tidak dilakukan adalah ‘cucuk’ belakang lori untuk ‘potong angin’. Sebabnya, bukan saja berbahaya, tetapi kenderaan muatan berat pun boleh tahan laju perginya.

Tiba di hotel, petrol berbaki lima bar lagi. Kami yakin misi ke Puteri Harbour di Johor Bahru dapat ditamatkan dan harap-harap tidak banyak drama berlaku seperti pusingan pertama tempoh hari.

MASALAH GEAR HUNTING

Hari kedua, kami menambah angin tayar lebih banyak kerana rekod petrol hari pertama kurang memuaskan. Tambahan lagi, ada pihak lawan mengisi angin tayar lebih keras dan dapat menjimatkan petrol lebih baik. Berapa PSI? Rahsiaaa… 😂

Kini giliran saya memandu. Kali ini lebih mencabar kerana perjalanan ke Johor Bharu perlu melepasi 11 lampu isyarat di Jalan Pekan, melalui Rompin sebelum masuk ke Mersing, Johor. Ini cukup mencabar kerana kami perlu mengekalkan rev enjin sekitar 1,000-2,000rpm. Setiap kali berhenti di lampu merah, pedal minyak perlu diinjak lembut supaya rev tidak naik mendadak ketika mula bergerak. Nak jimat punya pasal.

Bagi memastikan beban enjin tidak berat mencari posisi gear, kami cuba mengekalkan kelajuan 80kmj dengan rev bawah 2,000rpm. Peliknya, dalam separuh perjalanan, saya dapati Proton Saga 1.3L AT yang dipandu ini tidak dapat mengekalkan kelajuan 80kmj. Setiap kali halaju cecah 80kmj, beberapa saat kemudian jarum turun semula ke paras 60kmj.

Ini memang masalah besar. Enjin mula rasa berat dan pasti beri kesan kepada penggunaan petrol. Simptom ini namanya gear hunting dek power band gear tidak optimum untuk mengekalkan kelajuan 70kmj pada gear empat.

Sepatutnya pada tahap kelajuan 70kmj, gear akan memilih untuk menganjak naik ke gear-4 atau turun gear-3. Tetapi meter statik pada 60kmj dan sukar untuk kami dapatkan kelajuan diinginkan. Bukan saja kaki lenguh, kami pun sudah penat gila.

Bayangan wang RM3,000 semakin jauh. Tidak mahu berputus asa, kami cuba strategi lain pula. Ketika masuk jalan sekitar Mersing, kami tukar gear kepada N ketika memandu menuruni jalan berbukit sebelum tukar semula kepada D. Semua proses itu dilakukan cukup berhati-hati, cermat dan penuh kehalusan. 😌

Sepanjang perjalanan 5km naik dan turun bukit, kami andaikan sudah dapat menjimatkan banyak petrol dalam tangki. Akhirnya kami tiba di Petronas Jalan Indah yang menjadi lokasi pemeriksaan terakhir. Kali ini baki minyak dan jarak perbatuan masih bernombor, tidak terpadam dan berkelip-kelip seperti pusingan pertama. Ya, ada lagi baki minyak kira-kira 58km.

Paling best, alhamdulillah, kami sekali lagi muncul juara kategori Saga (Media) dengan merekodkan penjimatan petrol 4.7km per 100km, lebih baik berbanding pusingan pertama (5.6km per 100km). Wang tunai RM3,000 kini dalam genggamannnn… 😍🤣

BACA >>> FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

Rekod Pemenang Pusingan Akhir ‘Proton 1-Tank Adventure’

GALERI
2019 proton saga Auto Terkini jimat minyak Proton Proton 1-Tank Adventure Proton Saga (2019) Facelift sedan segmen-B tip jimat minyak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.