Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Projek Rintis Sistem Pemantauan Kelajuan AWAS Belum Mula Lagi
Auto Terkini

Projek Rintis Sistem Pemantauan Kelajuan AWAS Belum Mula Lagi

SyafieBy Syafie03/06/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kamera AWAS
PELAKSANAAN projek perintis bagi sistem pemantauan kelajuan dari titik ke titik di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) masih belum dimulakan lagi.

Pejabat enteri Pengangkutan Malaysia (MOT) berkata, sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai tarikh permulaan projek tersebut.

Guni Sistem Berasaskan AI

Terdahulu, sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu dirancang diuji di dua laluan utama dari Terowong Genting Sempah ke hentian rehat Gombak dan dari Plaza Tol Senawang ke Plaza Tol Simpang Ampat (Alor Gajah).

Laluan lain seperti dari Terowong Menora ke hentian rehat Sungai Perak juga dikenal pasti untuk pemasangan masa depan terutama di kawasan berlaku kemalangan.

MOT menjelaskan sebarang perkembangan mengenai pelaksanaan itu akan diumumkan semasa ke semasa.

Sistem itu bertujuan mengesan perlanggaran had laju dengan mengira masa perjalanan antara dua lokasi tetap. Jika masa diambil terlalu singkat, nombor pendaftaran akan dikesan dan saman dikeluarkan secara automatik.

Ganti Kamera Statik Masa Kini

Setiausaha Agung Kementerian, Datuk Jana Santhiran Muniayan menjelaskan, sistem itu mampu mengesan pemandu yang cuba melambatkan perjalanan dengan berhenti di tengah jalan untuk mengelak dikesan.

Walaupun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini menyatakan sistem itu dijangka dilaksanakan bermula Jun ini, kenyataan terbaharu menunjukkan pelaksanaan sebenar projek perintis masih belum dimulakan.

Sistem tersebut dirancang menggantikan kaedah kamera statik yang digunakan sekarang.

SUMBER: NST

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Auto Terkini

KM 18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

24/02/2026
Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.