Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pro-Net Urus Sepenuhnya Jenama EV Proton e.MAS
Auto Terkini

Pro-Net Urus Sepenuhnya Jenama EV Proton e.MAS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mengumumkan anak syarikatnya, Pro-Net akan menggalas tugas mengurus jenama kenderaan elektrik (EV) e.MAS selepas pelancaran rasmi nama itu dibuat pada 12 Jun lalu.

Malah Pro-Net juga diberikan tanggungjawab penting membangunkan jenama e.MAS, sekali gus mengukuhkan pasaran dan bersiap sedia untuk pelancaran produk pada masa akan datang.

Keputusan itu dibuat berikutan rekod pencapaian positif subsidiari Proton itu mengendalikan EV jenama smart. Ini tanggungjawab diberikan kepada Pro-Net untuk jenama e.MAS:

  • Rekrut pasukan berdedikasi.
  • Menubuhkan rangkaian pengedar kukuh.
  • Jalin kerjasama dengan syarikat pengecas untuk memastikan ekosistem EV berjalan lancar.

Malah Pro-Net juga akan memanfaatkan rangkaian, platform digital dan kakitangan pakar dalam teknologi EV untuk memastikan e.MAS mampu memberi saingan sengit dalam pasaran EV tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata;

Kepakaran dibangunkan Pro-Net sepanjang dua tahun lalu meletakkan kami pada kedudukan unik bagi mengangkat jenama Proton e.MAS ke barisan depan dalam industri EV di Malaysia.

“Bakal pelanggan kami bukan saja akan mendapat manfaat daripada rangkaian perkhidmatan menyeluruh, malah melebihi jangkaan mereka, sama seperti pemilikan pengalaman premium yang disediakan kepada pemilik kenderaan smart.”

PEMENANG TEKA JENAMA EV PROTON

Dalam perkembangan sama, Proton mengesahkan penerimaan lebih 25,000 penyertaan meneka jenama EV baharu Proton dan Pro-Net pula mengumumkan senarai pemenang seperti berikut:

  • Hadiah Utama RM5,000: Puteri Hanna Batrisha Ibrahim
  • Hadiah Naib Johan RM1,500: Noor Hidayah Mohd. Rodzi
  • Hadiah Ketiga RM1,000: Ahmad Norrizzuan Noor Azhar

NAMA AKAUN RASMI PROTON e.MAS

Pro-Net juga mengumumkan akaun media sosial rasmi Proton e.MAS kini aktif dengan nama:

  • Proton e.MAS Cars di Facebook dan Xiaohongshu
  • @protonemasofficial di Instagram dan TikTok
Ahmad Norrizzuan Noor Azhar Auto Terkini Noor Hidayah Mohd. Rodzi pro-net Proton Proton e-MAS Puteri Hanna Batrisha Ibrahim
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    11/03/2026
    Roda4

    Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    11/03/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.