Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PRO-NET Buka Tempahan SUV Elektrik eMAS 7, Harga Anggaran Permulaan RM120k!
Auto Terkini

PRO-NET Buka Tempahan SUV Elektrik eMAS 7, Harga Anggaran Permulaan RM120k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON menerusi syarikat subsidiarinya, PRO-NET mengumumkan pembukaan tempahan untuk model kenderaan elektrik (EV) Proton eMAS 7 dengan anggaran harga permulaan serendah RM120,000 seunit.

Sebagai bonus kepada pembeli awal, Proton menawarkan rebat RM500 dan hadiah bernilai RM1,000 untuk mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi yang dijangka mengambil tempat sekitar akhir tahun ini. Fi tempahan cuma RM500 seunit.

APA ANDA PERLU TAHU

  • Bersempena pengumuman tempahan eMAS 7, Proton melancarkan aplikasi e.MAS App untuk pengguna membuat tempahan kenderaan, servis dan mencari lokasi stesen pengecas.
  • Proton eMAS 7 adalah kembar Geely Galaxy E5 di China tetapi ada perbezaan ketara, antaranya eMAS 7 guna sistem suspensi (kawalan dan pengendalian) Proton.
  • eMAS 7 tergolong dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didakwa lebih besar berbanding SUV petrol Proton X70.

WARNA

  • Warna pilihan badan disediakan ialah Platinum Silver (perak), Turquoise Green (hijau), Slate Grey (kelabu), Quartz Rose (merah jambu) dan Lithium White (putih).
  • Rona kabin cuma ada satu iaitu Indigo Blue (biru).

VARIAN

  • Ada dua varian iaitu Prime dan Premium.

TRENKUASA, JARAK PANDU

  • SUV elektrik itu menggunakan seunit motor elektrik tunggal berkuasa 160kW dan tork 320Nm. Pecutan ke 100kmj ambil masa 6.9 saat.
  • eMAS 7 dilengkapi sistem pacuan roda hadapan (2WD).
  • Prime sebagai model asas menggunakan bateri Aegis short blade LFP 49.52 kWh untuk jarak pemanduan 345km.
  • Varian Premium dengan bateri 60.22kWh dan boleh capai jarak 410km setiap caj penuh (kitaran WLTP).
  • Pengecasan pantas (DC) 30 minit untuk dari kadar 10 peratus hingga 80 peratus (SoC).

KABIN

  • Kabin mirip Geely Galaxy E5 tetapi Malaysia kekal dengan versi pemanduan kanan (RHD) selain lencana Proton.
  • Instrumen meter digital LCD 10.2 inci dengan resolusi 2.5K.
  • Skrin infotainmen 15.4 inci jenis sesentuh dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto akan ditawarkan pada masa hadapan, menerusi OTA.
  • Skrin infotainmen menggunakan sistem operasi Flyme OS. Anda boleh ubah fungsi kawalan seperti penyaman udara, mod pemanduan, sistem ADAS dan bumbung panoramik menerusi skrin sama.
  • Ada paparan dongak (HUD) dan sistem audio Flyme Sound Wanos dengan 16 pembesar suara.
  • Dilengkapi pengecas tanpa wayar, soket 12V serta port USB Type A dan C.
  • Ada laci simpanan barang bawah tempat duduk, penyaman udara dan bawah lantai but.
  • Ruang simpanan but ialah 461 liter dan boleh dikembang kepada 1,877 liter dengan merebahkan kerusi belakang.
  • Prime menggunakan rim 18 inci, Premium pula 19 inci.
  • Ada Sistem ADAS Tahap 2.
autoterkini Geely Galaxy E5 pro-net Proton elektrik Proton eMAS 7 Roda4 SUV Elektrik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.